Jun 4, 2012

Kerana aku mengalami kejadian yang menakutkan petang tadi

Hari ini aku penat sungguh. Sungguh pun tak penat macam aku.
Penat mengangkat batu-bata, simen, kayu untuk buat bangunan.
Penat menoreh.
Penat bajak sawah.
Tak payah terkejot, aku tipu je. Dah, dah. Jangan keji aku. Bersihkan
jiwa tu. Heh.

Disebabkan penat, turun je dari bas, aku jalan longlai fikiran
melayang fikir bantal oh bantal.
Sampai aku tak perasan aku dah di tengah jalan nak melintas.
Dua biji kereta berhenti untuk bagi laluan padaku.
Mesti berbakol kutokan, hinaan dan kejian dari mereka untukku.
Takpe, aku tak peduli.
Memang salah aku. Berangan sambil berjalan.
Kalau kena langgar, baru merasa.

Fikiran aku masih melayang bila aku masuk lif. Ekceli, aku jauh lagi
dari lif tapi aku jerit "wait". Kenapa aku jerit wait, tidak "tunggu"?
Sebab yang dalam lif itu adalah mat bangla adanya.

Didalam lif.
Aku termengeluh kuat.
Abangla memandang aku.
Aku kerling ke arah button lif.
Aku tingkat 4.
Dia tingkat 6.
Aku perasan, dia masih memandang aku.
Aku sudah jadi takot. Hah, apakah ini takdirku. Haktui. Ayat minta kena rebus.

Bila pintu lif terbuka di tingkat 4, aku keluar. Dengan laju.
Bila aku toleh, abangla pun keluar sekali.
Eh, bukankah dia mahu turun di tingkat 6? Kenapa dia keluar lif?
Aku berjalan laju.
Aku berkira-kira untuk tidak masuk kerumah kerana aku takot abangla
tahu rumahku.
Abangla masih mengekori.
Aku cuak.
Hampir menangis.
Sumpah aku hampir menangis.
Tekak perit tahan tangisan.
Terbayang kes-kes jenayah yang ku baca dalam payyyperr (stail johan ah chai).

Aku ambil keputusan untuk berjalan laju lagi.
Tiba-tiba abangla memintasku umpama lumba lari berganti-ganti baton.
Aku terkedu.
Ku kira mukaku pucat lesi macam edward cullen adanya.

Dia berhenti di hadapanku.
Aku hampir menjerit.

Dia menghulurkan sesuatu kepadaku.
Beg kecil.
Warna pink.
Eh, macam ku kenal.
Aku telan air liur.

"tadi masa adik mau keluar itu lif, ini beg jatoh juga. Saya mau
pulang ini beg. Be carrreful next time".

Aku menyambot beg itu.
Ya, memang beg aku. Beg henfon aku.

Aku terpana.
Abangla berlalu pergi naik tangga.
Tak sempat nak ucap terima kasih.

Dapat aku rasakan degupan jantongku kembali normal.
Perlahan-lahan aku masuk ke rumah.

Dan ya, sampai je dalam bilik, aku ketawa tak dengan kelucuan tadi?

Jawapannya TIDAK!

Aku menangis sepuas-puasnya.
Kerana aku takot!
Aku dah tahu apa itu perasaan takot diekori.
Aku dah tahu bagaimana perasaan mereka yang diculik, dirogol dan dibunuh.

Walau tiada apa yang terjadi padaku, hanya perasaan takot yang melulu,
tapi sesungguhnya aku takot.

Tapi selepas dah mandi, aku menangis lagi tak?

Jawapannya TIDAK!

Aku ketawa.
Ketawa sebab aku rasa aku ni kelam kabot.

Tapi tak salah kalau aku sentiasa berfikiran buruk kan?

Tak sempat nak ucap terima kasih pada abangla tadi.

Ucap dalam hati jelah.

No comments: