Jun 4, 2012

Kerana lelaki itu bernama ADIK

Kamu lah yang nakal. Suka sakat aku.
Pura-pura nak bagi aku katak, menjeritlah aku.

Kamu lah pak lawak. Penghibur hati aku. Di kala aku sedih, kau buat aku ketawa.

Kamu lah yang rajin. Sering dengar kata ku. Buat apa aku suruh walau
terkadang kau merungut.

Kamu lah lelaki yang amat aku harapkan menjaga aku dan yang lain.

Kamu lah buah hati. Kamu lah kesayanganku.
Nyawaku.
Manjaku.

Kamu lah mohamed kamarul faeez. Adik bongsuku.

Hari ini kamu genap 17 tahun.
Semoga Allah memberkati kamu, adik.

Semoga menjadi yang terbaik untukku dan semuanya.

Aku sayang kamu.
Selamat hari lahir, adeq.

No comments: