Jun 5, 2012

Kerana dendam yang terlerai. Heh!

Pagi ni pagi yang kelam kabut. Sumpah. Aku penat otak.

Semuanya bermula dengan mesej dari dia pukul 1.19 pagi tadi. Tapi aku
baca mesej tu pukul 3.20. Nampak tak politik aku? Aku takkan sedar
bunyi mesej ke, bunyi call masuk ke, kalau aku dah tidur. Tidur mati.
Unless, aku terjaga untuk ke toilet, baru aku akan baca.

Mesej dia panjang. Dimulakan dengan kata maaf.

"maafkan kita mesej kamu. Tau kamu tak suka. Kita cuma ingat kamu je.
Kita dalam kesusahan.." ok cukup. Tak payah tulis panjang.

Apa yang aku boleh kata, dia ada masalah. Dalam kesusahan. Dan dia
cari aku. Mesti ada yang kata, puii, dah susah baru ingat kau. Eh, ke
aku yang bermonolog begitu? Ok, aku je. Bukan orang lain.

Ya. Lama menyepi. Dia muncul. Dengan keluh kesah.

Aku termenung. Lama. Tiba-tiba hati sayu. Sebak.

Dulu lelaki inilah yang banyak menolong aku, menggembirakan aku, dan
tak berkira sesen pun dengan aku melainkan rungutan manja dia bila
kami membeli belah (tentunya duit dia) dan aku hanya membolot duit itu
seorang dan ayatnya
"lepas beliau, beliau. Lepas beliau, beliau"

Aku cuma tersengih.
Ya. Lelaki itu tak pernah berkira dengan aku.

Tapi sekarang, lelaki itu dalam kesusahan. Tapi aku tak berdaya nak
membantu. Sungguh.

Lalu aku khabarkan pada dia.
Dia jawab
"takpe, kita faham"

Sepatotnya aku bengang.
Geram pada dia.
Dia sudah melupakan aku.
Tapi muncul bila ada masalah.
Aku sepatotnya memerli. Marah. Ya itu sepatotnya.

Tapi tidak.
Aku telefon ibu.
Mungkin ibu ada jalannya.
Aku minta ibu call dia.
Supaya dia tak malu.

Kenapa aku susah hati bila dia dalam kesusahan?
Kenapa aku kelam kabut memikirkan masalah dia?

Ya. Kerana memori dulu. Aku tidak diajar berdendam walau sebenarnya
aku pernah tewas dengan dendam.

Aku teringat dulu dia banyak menolong aku. Menghulurkan bantuan disaat
aku jatoh.
Berada disisi family aku dikala kami kehilangan.
Meminjamkan semangat.
Meredakan lelah.

Kerana alasan itu, aku sayu.
Lelaki yang ceria denganku sedang bermasalah.
Dan aku tak pernah tengok dia begitu.
Tak pernah dengar suaranya begitu.
Suara tak bersemangat.
Suara kehilangan.

Benar kata kawanku.
Hulurkan pertolongan walau tak seberapa kerana Allah sebenarnya
menghantar kita untuk membantu. Walau sebenarnya tak mampu, tapi cukup
dengan mendengar.

Dan mungkin, dia dibisikkan namaku ketika ini.


P/s : bahasa tak boleh spm lagi ke, reena?

2 comments:

~LoVE PiNk~ said...

buang yg keruh amik yg jernih...xmo dendam2 oke..

be tought!

Reena Kamarudin said...

Ok dear :)