May 14, 2012

Kerana tengok gambar lucah tu tak haram ye kengkawan

"jangan sambut hari ibu, reena. haram. itu sambutan mother's church and bla bla bla"
"jangan ikot sangat budaya kafir tu reena. semua tu menyesatkan"


pesan seorang kawan lelaki padaku.
aku macam, oh ok. 
ada juga aku baca di wikipedia, fb ustaz azhar idrus dan sebagainya tentang hari ibu ini.
so aku ambil pendekatan, tak payah sambut.
kalau dah was-was, jangan sambut.
duk dendiam.


malam tadi aku sesaja stalk fb dia.
sesaja je la.
stalking fb orang ni, kerja sampingan aku.
maklumlah, masa terluang terlalu banyak.


aku scroll down.
mata ku terbeliak.
scroll down.
aku mengucap panjang.
scroll down.
ok dah tak sanggup
perghhh.
banyak gambar awek seksi dowhhhh *muncung ke depan*'
gambar ala-ala megan fox, ala-ala model bikini dan ala-ala semua ala lah.
semua dia upload masuk dalam fb dia.
tengok pulak subscriptions dia.
banyak gambar awek tayang tutt tuttt tuttt.
dengan nama awek itu seperti Beby Noty, Bebyshayangkamoo, bebisiput ok tipu mana ada nama bebisiput.


oh yang tu tak haram lah ye.
tengok pic seksi separuh bogel tak haram la ye?
tengok vid separuh lucah tak haram la ye?
ye? ye?
baru ku tahu.
syabas betey.


ingat tau kengkawan.
sambut hari ibu haram.
tengok semua menda seksi meksi lucah tu tak haram.


sekian

3 comments:

tupperware_merah said...

hahahaha. mesti hangin kan? standet la lelaki. tapi benda tu rosakkan akidah sebenarnya. :)

Reena Kamarudin said...

tau takpe. panas je hati ni. huhuhuhu

faizal mohd said...

mane ade bebisiput. siputbebi adaleh. huhu