May 15, 2012

Kerana kau adalah guru. Selamat Hari Guru

Salam.

petang tadi waktu balik kerja dan seiring kaki aku  melangkah menuju ke lif di rumahku, aku mendengar suara bebudak mengaji. begitu kuat. hampir menjerit.
begitulah lazimnya. kerana di tingkat dua flat aku ini *ecewah flat aku katanya* adalah kelas KAFA untuk pelajar kalau tak silap darjah 1-3. kalau tak silap lah. tidaklah ku tanya mereka kan.

kemudian aku terdengar suara yang ku kira Ustaz mereka berkata
"saya nak balik ni kamu semua hafal surah Al-Ikhlas. esok saya nak suruh sensorang baca depan kelas"
pelajar menjawab lesu "baik Ustaz"
aku tersenyum. tercuit hatiku.

terus terimbau kenangan ketika aku bersekolah menengah.
di mana aku harus belajar bahasa arab. bahasa Al-Quran.
bahasa yang mana bukan bahasa yang selalu aku tuturkan *malah tak pernah aku tuturkan*
dari tingkatan satu aku wajib ambil bahasa arab.
sehingga tingkatan lima.
aku tersenyum geli hati mengingatkan betapa bebal dan bengapnya bila Ustaz menyuruh kami menghafal segala jenis perkataan segala jenis perkara tentang bahasa arab.
sehinggakan denda bagiku adalah satu perkara yang sudah terbiasa.
denda itu umpama makanan harian aku dan juga segelintir kawan-kawan yang sama degil tidak mahu menghafal bahasa arab.
aku tertanya-tanya kini kenapa aku bebal *aku je boleh cakap aku bebal. korang tak dibenarkan memanggil aku bebal. aku babap karang*
dan ya, pastinya jawapan aku adalah aku tidak minat.
bila tidak minat, maka tiada usaha untuk aku belajar menjadi pandai.
yang aku tahu, yang aku sematkan dalam otak aku adalah bahasa arab ini adalah bahasa yang payah.

walaupun ianya adalah bahasa Al-Quran.
kalaulah boleh aku belajar bahasa arab seperti mana aku belajar mengaji, tenang dan tidak dalam keterpaksaan, aku yakin kalau tak A, sekurang-kurangnya B masa SPM.
namun aku tau, semua itu takkan boleh aku ulang.
hanya sekadar menjadi kenangan untuk aku hingga kini.
apatah lagi aku berperasaan Ustaz terlalu memilih kasih.
walau sebenarnya mungkin dia tidak berniat begitu.
mungkin benar, kalau kita menunjukkan minat untuk belajar, maka guru pun turut seronok
mengajar dan melayan kita.
namun?? heheheh.
dengan muka bosan. dengan ciri-ciri pemalas tegar seperti aku, tidak mustahil ustaz pun malas nak melayan.
hehehe.

berlainan dengan English yang aku minat sejak sekolah rendah.
sesuatu yang aku minat, aku akan berusaha untuk belajar dan memahaminya.
walaupun masa sekolah rendah, guru mengajar english adalah sangat garang namun kerana minat
aku tetap mahu tumpukan perhatian.
dari sebodoh-bodoh tidak tahu tentang Tenses *past present tense* semua tu,
namun apabila minat, rasa seoronok untuk belajar.

tapi ya, sebenarnya MINAT boleh dipupuk.
kalau kita sudah set di otak yang kita tak minat, hari-hari kata tak minat,
maka tak minat lah kita.

sebagai contoh dalam hubungan cinta *amboi nak contoh cinta je ye*
mana datangnya ayat tak kenal maka tak cinta?
begitu juga dengan minat. tak cuba tak tahu.
Abu suka Minah. tapi Minah terus kata "huh tak minat lah dengan Abu. menyampah. muka macam James Franco sedangkan aku suka Huhg Jackman"
Minah terus kata tak minat sedangkan dia tak cuba untuk mengenali Abu.
entah-entah Abu kalau potong rambot dan letak gel then buat rambot messy mesti ada gaya James Franco. kan?
entah-entah Abu ada 10 lagi keistimewaan kalau nak dibandingkan dengan satu kekurangan yang Minah menyampah tu.

see.
begitu juga dengan pelajaran.
belum cuba belum tahu.
jangan mudah jump into conclusion yang subjek itu susah.
lalu terus menanam impian untuk tak belajar subjek itu sepanjang tahun.
yang kecewanya bukan saja diri kita, malah guru dan ibubapa kita.

benar.
di sekolah, memang terlalu banyak ragam guru.
ada yang pilih kasih. ada yang garang.
ada yang lemah lembut. ada yang muka takde perasaan dan mengajar pun sangatlah membosankan.
walau macamana pun, dia tetap cikgu.
walau kelas dia kita ponteng, walau dia mengajar tak ikhlas, walau dia kita kutuk, walau dia kita undi sebagai cikgu paling tak cool, DIA TETAP CIKGU.
kalau ilmu yang dia curahkan pada kita hanya sedikit saja yang masuk di telinga terus ke otak, DIA TETAP BAGI KITA ILMU supaya bila tua kita tak nyanyuk.

memang zaman sekolah kita akan simpan rasa tak puas hati.
rasa menyampah.
rasa tak suka.
tapi percayalah, bila kita sudah tamat belajar, sudah bekerja, bila berjumpa, kita tetap salam dan cium tangan dia dan tetap panggil dia cikgu.
sebab dia adalah cikgu.

esok adalah hari yang istimewa untuk para pendidik ini.
percaya tak, kalau tak banyak sedikitlah yang ada dalam hati seorang cikgu untuk dihargai oleh pelajarnya.
percaya tak, disebalik garangnya cikgu, dia tetap menunggu ucapan "selamat hari guru" dari pelajarnya.

selamat hari guru untuk para pendidik.
terima kasih kerana mendidik anak bangsa menjadi bangsa berjaya *eh ni lirik lagu*

sekian

No comments: