May 14, 2012

Kerana edisi aduan karam singh walwalwalwalwa

Salam.


whoaaaaaaaaaaa *semangat*
aku adalah baru masuk opis.
aku sedang buat HRMIS. makanya HRMIS adalah sangat lembs.


kenapa aku masuk opis lambat? adakah abah ada share di jabatan aku ni? tak.
semuanya sebab ni. meh aku nak cerita.
dalam pukul 1 pagi tadi, mata aku gatal-gatal. then aku tak tahan la kan. so aku gosok-gosok.
ubat alahan aku tertinggal di karak so merana la kan.
aku pikir kalau tak ok jugak pagi ni aku nak ke klinik.
so aku pun tidurlah. bila bangun tadi, aku tengok mata aku dah merah dan bengkak.
aku macam, omaigod omaigod kenapa ni kenapa ni? gelabah la kan. padahal sendiri tau sendiri gosok mata tu. then aku pun siap-siap la nak pi klinik.
dengan mata merah dan bengkak. lepas tu berair je bila kena cahaya.
sakit wooo.
then bila sampai klinik dalam pukul 7. sebelum tu mesej dulu kak nora kata lambat masuk.
then tanya dia klinik buka pukul berapa.
dia kata buka pukul 7. rawatan pukul 8. k fine. aku tengok jam pukul 7.05.
duduk menanti menanti pintu buka. menanti kaunter pendaftaran buka.
tunggu dengan sabar. sabar lagi.
nampak MA *medical assistant* lalu terus berbunga hati
"oh, mesti dia nak bukak kaunter ni"
tapi dia pi terus. ok kecewa lagi. tunggu lagi.
then lalu lagi sorang pembantu berkemeja pink sambil bawa kunci.
berbunga lagi hati.
tapi dia melaung kawannya dan berlalu pergi.
ooh ok, bukan jugak. kecewa lagi. tunggu lagi. ok sabar. pujuk hati.
apalah sangat menunggu sejam kan nak dibandingkan dengan menunggu hujung bulan ni balik karak. sabar lagi.


then 7.39 macam tu kaunter pun dibuka. tinggggggggg.
aku bangun. ok efek dia bukan tinggg la kan tapi takpelah, blog aku, suka aku la nak taip apa pun.
so, aku pun beratur ambik nombor untuk didaftarkan nama aku. bukan nombor jumpa MA ok.
nombor untuk pendaftaran. so dah dapat nombor. duduk semula.
tunggu nombor naik. berangan lagi. berangan cepatlah gaji. cepatlah hujung bulan.
berangan bestnya dapat makan eskrem. berangan bilalah nak ada anak. eh?
makin melalut berangan terus zzzzaaapppppp padamkan anganan itu.
then nombor pun naik.


jalan lenggang kangkung masuk jumpa yang jaga kaunter tu lah. anaz namanya.
pakai kemeja pink. tanya sakit apa, kerja mana, bla  bla bla.
then dia tekan-tekan mouse dia. tekan-tekan button on/off pc dia. banyak kali hokay.
ok hang rupanya pc dia. why?? why bila time aku pc kau nak hang ni?
"kenapa ye encik?" aku tanya. saja je la nak bermesra.
padahal tak payah pun. aku pun takde mood.
tapi sebab tengok muka dia kemain sesak kan.
"pc ni hang cik. kejap ye"
"hmm yelah"
then adalah 30 minit aku duduk melanguk depan dia.
dalam kepala dok pikir, nak tunggu kat luar ke tak, nak tunggu kat luar ke tak.
dalam pada dok pikir tu la pc dia dah ok selepas dia buat apa entah.
ok dia pun bagi aku nombor giliran untuk jumpa MA.


then jumpa MA.
dia kata mata aku merah.
fine, aku tau la mata aku merah. you don't say??
lepas tu aku cakaplah gatal-gatal semua tu.
dia kata tak nampak macam sakit mata. aku terus ucap Alhamdulillah.
taknak ok sakit mata. seksa.
dia bagi ubat sakit mata sebab in case la kan aku sakit mata.
then aku mintak dia ubat alahan.
lepas tu kena ambil ubat kat kaunter farmasi.
comel je minah yang jaga kaunter ubat tu.
dah la cantik. manis je. hati pun jadi sejuk kalau layanan kaunter macam tu.
dia bagi ubat titis mata.
then ubat makan untuk alahan.


sampai opis, aku titis kat mata.
then aku makan ubat alahan tu sebab memang tak tahan dah.


ok sebenarnya aku taip panjang-panjang ni aku just nak bagitau
ubat alahan tu buat aku MENGANTUK.
lepas tu kan mulut ni berat sangat nak buka untuk bercakap.
rasa macam nak balik rumah je.


ok itu je lah nak mengadu :(


sekian

No comments: