May 31, 2012

Kerana sebenarnya hidup ini tak susah. Untuk kau. Khas untuk kau.

"Sebenarnya, hidup ni tak susah. Hanya perlu redha saja dengan apa
yang kita ada. Perlu redha saja dengan kekurangan yang Allah berikan
pada kita.

Kalau kita asyik fikir apa yang kita takde, apa yang kita tak dapat,
hidup ini akan terasa sempit. Akan terasa sakit.

Tapi untuk redha pada yang kekurangan itulah yang susah.

Siapa yang taknak bahagia?
Siapa yang taknak gembira?
Siapa yang taknak hidup senang?
Takkan ada sesiapa yang bercita-cita nak susah, nak sedih, nak derita.
Semua orang taknak.

Apa yang berlaku?
Sebenarnya Allah mahu mendidik kita yang masih muda ni untuk lebih
mengenal kehidupan ni.

Allah temukan kita dengan macam-macam perkara yang kita rasa tak patut
berlaku. Allah lihatkan kita kepada macam-macam perkara yang tak kena
pada tindakan orang.

Semuanya kerana Allah mahu kita belajar daripada semua itu.
Supaya kita melihat semua itu dengan hati yang suci.
Supaya kita memikirkannya dan supaya kita nilaikan semuanya pada hidup
kita sendiri sejauh mana kita telah melaksanakan tanggungjawab kita
kepada Allah dan kepada sesama manusia"

Petikan dari novel ini aku tujukan khas buat kau, you-know-who-you-are.
Aku tak tahu nak bagi ayat apa lagi. Ini je yang termampu. Kebetulan
aku terjumpa petikan ini.
Kau dan aku.
Kita sama je.
Ada masalah.
Ada keluhan.
Tapi ingat, kita masih ada tuhan.
Ada keluarga.

Semoga kau tabah.
Aku tak dapat meminjamkan ketabahan aku sebab aku tak pasti aku tabah
ke tak. Kalau Tabah pengulas sukan tv3 tu adalah,kau nak tak? Ok tak
kelakar. Ok, jangan paksa diri sendiri ya.

We're friend. Forever.

7 comments:

Kopi Susu said...

setuju sangat...dan kene ingat jugak DIA xakan uji kita dgn sesuatu yg kita tak mampu...positif jerr...:)

Reena Kamarudin said...

yes. kata kuncinya adalah positif dan redha berlapang dada :)

Suara Kalbu said...

Kadang-kadang akak cuba juga nak berlagak tabah dan bersikap positif dalam beberapa perkara yang menyakitkan hati tapi selalu juga hati tak tertanggung

Reena Kamarudin said...

suara kalbu:

kita wanita kak. memang kalah dengan emosi.

uncle gedek said...

kalau tak boleh pinjam tabah, pijam duit boleh?

Reena Kamarudin said...

Uncle :

Hahahaha. 50sen nak? Thanx uncle, sudi singgah :)

Unknown said...

yes.. right... ape2 pn ats diri sendiri mcm mane nk handle.... klu meroyan 1 dunia pn blm tentu boleh settle...:)