May 31, 2012

Kerana cerita hantu di rumah makteh

Bila baca entri dalam BLOG INI terus zapppp memori aku teringat pada malam aku melepak dengan ibu dan makteh sambil menyaksikan abah main badminton di rumah pak itam.
meh aku nak ingatkan semula, rumah makteh dan pak itam berdepan.
rumah mereka terletak di satu jalan sunyi ye adik-adik.
ada lagi rumah lain tapi jauh jauh lah.


semasa sedang borak-borak tu, tetiba makteh suruh aku senyap.
aku macam, ha, sudah, makteh ni dah kenapa?
lepas tu ibu pun mengangguk kat makteh.
aku ni kan perasaan nak tahu tu menebal.
selagi orang tak jawab, selagi tu aku tanya.
makteh kata perlahan "bunyi pelesit"
i was like what??? tak dengar pun.
aku mana tahu beza bunyi cengkerik ke, serangga ke, pelesit ke.
pada aku semua sama.
lepas tu makteh kata "abaikan. kita tak kacau dia. dia tak kacau kita"


dan ianya di iya kan oleh penduduk kampung lelaki yang juga melepak bersama kami.
aku dah cuak dah.
pandang keliling. amaigadddd semua gelap.
tapi disebabkan aku tak kenal apa itu pelesit, apa sebenanrnya yang buat kita takot pada dia ke apa ke,
so, aku taklah takot sangat.
aku anggap ianya macam belalang je. hehehe.
lepas itu makteh sound aku "takot pada Allah je ngah"
ek eleh makteh ni. hahah. dia yang sebut, lepas tu nak bagi nasihat macam tu pulak.
dia tak tahu ke anak sedara dia ni penakot ya amat?


lepas tu kan, makteh cerita lah dulu semalam *semasa dia cerita tu lah*
dia nak pergi bilik air ambil wuduk untuk maghrib.
pintu dapur tak bertutup lagi dan makteh baru nak tutup la.
tetiba, dari pintu dapur tu, ada kepala warna hitam terbang terus masuk ke bilik air.
makteh terdiam dan terus baca ayat al-Quran.
terus terbeliak mata aku.
dah tu makteh tak takot ke? aku tanya.
dia kata, mahunya tak takot tapi kena kuatlah.


lepas tu aku fikir takkanlah makteh nak menipu kan.
apa pekdah yang dia dapat.
makteh dahlah tak tinggal solat. jenis kuat solat sunat. mengaji lagi.
umur pun dah 60 kan.
takkan dia nak menipu.
dia pun kata "mungkin bayangan makteh je tu"
bayangan apa menjelma macam tu? hahaha. aku tak puas hati.
nak juga suruh makteh mengaku itu adalah setan menyerupai makhluk tu.


tapi serius lah.
rumah makteh memang seram.
bukan setakat rumah makteh ok.
sepanjang jalan di rumah makteh tu menakutkan.
dahlah hutan banat kiri kanan.
bersyukur aku, abah tak buat rumah kat tanah tu.
kalau tak, memang aku lah yang pertama mandi, pertama pergi toilet etc.


lepas tu ada lagi cerita.
pasal pocong kat kampung tu.
yang ni lagi tak boleh blah hokay.
tukang jumpanya pakcik yang balik dari surau.
sampai demam ok orang tua tu.
satu kampung melawat dia.
esoknya, polis pula jumpa. polis yang meround kampung.
aku kalau nak sedapkan hati aku fikir macam ni je.
pocong tu adalah orang yang menyamar sebab senang dia nak buat jahat.


banyak lagi lah makteh cerita kejadian-kejadian aneh yang melibatkan syaiton ni.
ni semua KRU punya pasallah ni.
buat filem pasal hantu di Karak.
dah semua hantu datang sini bermastautin.
heh.

4 comments:

Camy Alya said...

pehh. karak sekarang memang banyak hantu kann.

masih terbayang-bayang lagi kawasan rumah mak teh yang creepy. err

Reena Kamarudin said...

hantu jadian pun dah banyak dah camy.

dilla nazri said...

Kat ne rumah mak teh tu?

Reena Kamarudin said...

Kat teroh kak.