May 30, 2012

Kerana Randomly Reena #9 (edisi emo meroyan)

1. terasa sakit hati dengan seseorang. cuba nak hilangkan sakit hati tu tapi payah. geram dengan dia pun ye juga. rasa kalau jumpa, nak aje aku cubit dia laju-laju. biar dia rasa pedihnya cubitan aku sepedih hatiku ini. huhuhu

2. penat. emosi tak berpihak pada aku. mood sangat down. macam rollercoaster. ups and downs. my gosh. menopos ke apa ni? antara penyebabnya, nombor 1 tu lah.

3. rindu nak rasa masakan ibu. hari tu balik karak, ibu tak masak sangat. sebab aku yang masak *matiklah riak*. yelah, ibukan sekarang kurang sihat. rindu. ibu masak apa pun sedap. ibu goreng telur mata pun sedap. ibu buat sambal ikan bilis boddo pun sedap. sebab ianya adalah dari tangan ibu. rindu.

4. aku dah masak daging dendeng. lalalala sila rujuk entri ini. aku masak masa balik karak. lepas tu ibu kata sedap. adik-adik kata sedap. lalalala. gambar takde. yang ada gambar masa sebelum memasak. tapi percayalah, memang aku masak. tak caye? tanya aku. amboi, sejak bila kena ada gambar baru nak percaya ni? tapi memang senang pun nak masak.

5. mereka kata, aku hidup dalam masa silam. mungkin ya. sebab itu aku payah nak terima manusia "masa depan" aku. ya, susah. aku taknak letak harapan untuk sesiapa. bagi aku masa. jangan paksa. dengan izin-Nya, kalau dia kata, terima, so, aku terima. atau ya, aku belum boleh buka hati. atau mungkin aku belum jumpa soulmate. atau mungkin aku lesbo kahkahkahkah tak kelakar buat lawak jijik. 

6. aku ni orangnya, setia. matiklah puji diri sendiri. tapi memang ya. tapi aku bodoh. bodoh sebab kenang yang lama. kawan aku kata, aku kena jumpa "dia" yang boleh buat aku lupa masa silam. heh. ingat senang ke. 

7. kawan aku kata lagi, tanamkan perasaan marah dan menyampah pada masa silam itu. mungkin boleh buat aku lupakan semua itu. hmmm itupun susah. ingat senang ke nak tiba-tiba tanamkan perasaan menyampah tu? ohmy, bencinya aku.

8. emosi kan aku hari ini?

9. emosi kan? kan? kan?

10. ok saja nak cukupkan 10

p/s : 1-4 cerita aku. 5-10 bukan cerita aku.

No comments: