May 30, 2012

Kerana artis omputih boyband dulu dan sekarang

sedari umur aku 11 tahun aku adalah peminat boyband.
masa itu, Backstreet Boys mula popular.
lagu-lagu dari album mereka aku hafal *gila hebat tak*
you name it. semua aku minat. semua aku hafal.
tapi of course lah, sebutannya aku pakai tibai je pun.
lepas tu, masa tu mana lah mampu nak beli kaset.
apa aku buat, cari kaset yang aku rasa aku tak guna *selalunya kaset mengaji abah. kahkahkah*
lepas tu bila abah pasang je, keluar lagu everybody yeahhhhhhhh rock your body yeahhhhhh. hahaha.
bengang je orang tua tu.
ya ampun abah :)


masa tu pun internet tak macam sekarang boleh google je lirik.
masa itu, aku dengar lepas tu pause, tulis lirik yang aku rasa sebutan dia sama. then play then pause 
sampailah lagu tu habis. lepas tu hafal lepas tu bangga dapat hafal lepas tu lepas tu lepas tu *lap air liur guna lengan*. gila hebat penangan BSB.


dan ya, sampai sekarang aku tetap minat mereka.
kemudian muncul pula N sync *sama seangkatan dengan BSB*, Hanson *lagi bagus dari Jonas Brother you know*, Five, O-Town, BBmak, Take Five, westlife dan lain lain. dan jangan lupa Boyzone.
tapi kebanyakkan boyband ni, mereka setakat one hit wonder je.
lagu satu je sedap lepas tu danggggg senyap.
lepas tu berpecah.
lepas tu mesti salah seorang ahli mengaku gay. errrr tipikal omputih la kan.
tapi dalam 5 ahli, mesti seorang yang damn cute. tapi selalunya aku tak pilih yang cute.
aku pilih yang rupa nakal-nakal sikit. kahkahkah. sebab masa tu taste aku adalah lelaki nakal.
kahhhhhhhh. sekarang pun suka lagi sebenarnya. panggggggggg


tapi kat mana eh mereka semua ni sekarang?
macamana rupa terbaru mereka?
jum tengok.


1. Nick Carter, BSB

errr. macam penagih dadah pun ada dia ni sekarang. dulu gila cute. meleleh air liur aku kalau tengok dia dulu. lepas tu gila dengan suara dia juga. sekarang hmmm cute juga la kan

2. Justin Jefree, 98 Degrees

dulu pun tak minat sekarang pun tak minat. eh ada dia kesah?

3. Jason Underwood, O-Town

hmmmm stail malas nak tulis caption

4. Ashley Parker Angel, Otown

ha yang ni aku minat. yang budak kecik tu anak dia. cute kan?

5. Brian Littrel, BSB

kahkahkahkah. tengok tang hidung kelaka la brian ni. sukeeeeeeeeee.

6. Howie D, BSB

adeh, dia ni nampak macam nerd je kan? dah ada anak dah pun

7. Hanson

kumpulan beradik yang paling aku suka. sekarang masing-masing dah ada family. 

sekarang pun aku layan la lagi lagu-lagu boyband ni semua.
sebab lagu mereka memang sedap didengar pun.
dulu masa sekolah payah nak dapat dengar lagu kan.
sekarang ni kemain senang nak donlod.

sumber dari SINI

No comments: