May 16, 2012

Kerana minggu ini minggu emosi maka siramilah hati dengan kata-kata semangat

Salam.


tajuk macam nak kena bunuh ke kan. huhuhuhu
bagi aku, minggu ini minggu emosi. minggu semangat kena kental. minggu penuh perasaan.
walaupun baru saja separuh minggu. hmm hati sudah berkira-kira tak sabar untuk balik Karak.
rindu sangat-sangat pada kesayanganku disana.


semalam kawan aku tanya
"Reena, kau ada blog eh. senyap-senyap je dah ada blog. aku baca jugak blog kau"
aku balas
"hmm yeke. thanks"
dia balas semula
"tapi apa kategori blog kau ni ya?"


aku terdiam.
hmm ya. apakah kategori blog aku ni?
then aku balas
"kategori -suka hati aku nak taip apa-, boleh?"


hehehe.
ekceli yes. blog ini adalah blog ringan.
diari aku.
yang mana aku nak share dengan sesiapa yang sudi baca.
tak suka, itu jam kalu, kau boleh pangkah blog ni.
as simple as that.
sebenarnya, perkongsian aku dalam blog ini taklah extreme.
mana yang aku rasa boleh di publish, aku publish.
mana yang tak, aku just tulis dalam diari manual.
pernah sekali tu, perasaan marah menguasai diri.
kecewa, bengang dan sedih semua bercampur baur.
lalu, aku dengan perasaan marah menaip.
konon untuk di share dengan semua orang.
tapi bila aku taip last sentence tu, aku terfikir, apa aku dapat dengan maki hamun orang dalam blog?
menambahkan dosa adalah.
lepas tu menambahkan dosa pembaca dengan mengumpat.
tak. bukan aku nak kata aku ni baik.
cuma, yelah. bila dah semakin dewasa ni, perasaan tu boleh dikawal.
walau tak banyak, tapi boleh la kan. so so kata orang tu.


omaigod tergeli pulak dengan keseriusan aku ni.
aku just nak share beberapa kata-kata menarik yang aku dapat dalam buku Chicken Soup For The Soul Berfikir Positif Edisi Bahasa Melayu yang aku pinjam di library semalam


~sesiapa yang berkata hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan, dia belum pernah menari dalam hujan.


~rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih. jadi, sentiasa bersemangat sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu. dan kamu juga akan bertemu perkara yang baik-baik.


~keberanian adalah, berasa takut tapi meneruskan juga.


~orang yang bijak tidak khuatir dengan perkara-perkara yang dia tidak miliki, tetapi mensyukuri apa yang dia miliki.


~jiwa manusia itu lebih kukuh berbanding apa pun.


~satu-satunya kecacatan dalam kehidupan adalah sikap yang buruk.


~hidup seseorang hanya bermakna apabila dia menyedari akan anugerah yang dimilikinya.


~seseorang mengecap nikmat bahagia bukan kerana situasi yang dia alami, tetapi kerana sikapnya ketika mensyukuri nikmat itu.


~pilihlah untuk bersangka baik sesama manusia. ianya memudahkan keadaan.


~rahmat sebuah kehidupan hanya dapat dihitung oleh mereka yang benar-benar menghargai kehidupan itu sendiri


sekian

No comments: