May 17, 2012

Kerana berita gembira

Salam.

aku asyik ulang lagu kumpulan Klangit-Sesal Mendua. mula-mula aku tak minat lagu ni.
bila dah dengar banyak kali, terus terminat. sekarang, meranalah telinga kak nora aku asyik ulang lagu ni.
nak buat macamana, dah memang tebiat tabiat aku macam tu. bila suka, dok lah ulang.
dah jemu, heh, memang tak ku dengar lah dah.

eh, kan semalam aku kata *well ekceli bukanlah aku kata, tapi aku taip*
dalam entri semalam yang semalam adalah minggu kena kental kan?
well, semalam juga aku dapat dua berita gembira.
pertama, ibu dah hantar permohonan untuk bersara pilihan!!!
ALHAMDULILLAH. akhirnya doa aku termakbul jugak.
so, dalam masa 6 bulan ini, ibu kata nak habiskan sisa-sisa kehidupan dia sebagai penjawat awam dengan sebaiknya. hehe. nanti bulan 1 tahun depan dah duduk rumah je.
dapat aku bayangkan kebosanan yang melanda ibu nanti.
eh tapi tak mudah tahu. ibu dah plan dengan abah, start tahun depan, dia dengan abah nak habiskan masa berdua dengan berjalan ke sana ke mari.
matiklah aku kalau tetiba dia kata nak datang putrajaya.
kalau bagitau 2,3 hari sebelum, ok lah jugak.
ni kalau dia kata, ibu dah ontheway,ha, matiklah aku. huhuhu.

tadi baca beautifulnara klik sini
alahai, sedih pulak pelakon kesayangan hamba nak becerai.
kenapa jadi macam ni eh?
takde jodoh? takde sefahaman?
kenapa after 6-7 years baru timbul tak sefahaman tu ye?
hmmm wondering.
takpelah. aii bukan kiah propa yang nak kupas isu artis. cuma yelah, sebab adiputra ni pelakon kesayanganku, maka mendapatlah aku menulisnya dalam blog.
cer kalau artis lain? takde maknanya aku nak masuk dalam blog aku.

sekian

No comments: