May 4, 2012

Kerana Kuala Selangor.

Salam.

sunyi je weh ofis aku ni. ramai yang cuti dan mc.
kak nora pulak mc sebab sakit mata. semalam aku tengok mata dia dah merah.
so aku suruh dia pergi klinik semalam. rupa-rupanya memang betul pun dia sakit mata.
kalau lah berjangkit kat aku. huhuhu.

so ni nak sambung cerita pergi kuala selangor.
terima kasih lah pada adik aku, farah sebab bertemu jodoh dengan orang sana.
kalau tak, zaman bila lah aku boleh jejak kaki ke situ.
so, jumaat malam sampai di sana. kami tidur di rumah kakak amit (tunang adik aku)
memang family dia sambut kami dengan mesra sangat. terharu je rasanya.
so jumaat malam tu aku just rehat jelah sebab penat kot balik kerja terus rushing ke sini
dengan macam-macam halangan lagi. boleh baca entri ini ya kalau nak tahu. taknak tahu takpe, aku merajuk je. rombongan cik kiah aku seramai 21 orang termasuk la tu adik-adik sedara aku yang ramai tu. nasib semua tak pergi. kalau tak, aku tak tau lah diorang nak tidur mana.
so as a kakak kepada semuanya, memang dah jadi tabiat aku untuk pastikan semuanya dalam keadaan terkawal. tugas aku adalah bagi-bagi bilik dan bagi tempat tidur kat diorang.
dan pastikan diorang selesa. kau tidur sana, kau tidur bilik sana, makcik tidur bilik sini, pakcik tidur dengan yang lain. adik bongsu aku, adeq, panggil aku pegawai imegresen. agak kurang asam disitu. yelah, bila diorang dah tidur pun aku akan merayau tengok selesa ke diorang ni, ok ke.
nak memastikan keselesaan la konon. hikhikhik.

sabtu pagi.
bukit malawati.
dewasa rm3
kanak-kanak rm2
nak jalan kaki pun boleh. tapi hmmmm idaklah teman.
farah dengan amit jalan kaki sebab amit malu nak naik tren katanya nanti kawan dia nampak
kena ejek. lelaki dan ego. huhuhuhuhu



kau ada?
aku naik menda ni, gila eksaited kau tau.
kalah adik-adik sedara aku yang lain. dah lama kot tak naik.
last naik masa kat zoo negara itupun masa darjah 4 kot.
so, tahap kejakunan adalah tinggi. maafkan saya :)



kat sana tu laut



kami disambut oleh lotong ni.
aku pun tak tau apa beza lotong dengan kera tu. sama je aku rasa.
aku tengok adik-adik aku dengan yang lain relax je pegang.
aku siap menjerit lagi. macam kan binatang ni nak gigit aku.
tapi aku ni memang penakut sikit dengan binatang. yang aku tak takut cuma kucing je.
kalau arnab, memang aku takut sangat-sangat. kat rumah tu farah ada bela arnab.
ada satu malam tu dia duk lepaskan arnab dia dalam rumah. apa lagi, menjerit la aku.
sambil berdiri atas kerusi. menggeletar badan aku ni ha.
aku pun tak tau kenapa aku takut gila dengan arnab. orang kata arnab tu comel eh?
pada aku nehiiiiii. aku rasa macam arnab tu nak gigit aku je.
katak lagiiiiiiiiii lah aku takut dan geli.

sekumpulan lotong ke lontong eh? lontong tu makanan kan?
kau tengok adik sedara aku, relax je pegang. aku dah dok jerit dah takut kena gigit

ha, buat apa tu? jangan buat aksi terlampau kay
aku kan penakut, so aku paksa adik aku, syera pi duk dekat-dekat.
aku kan suka memaksa.
then bila dah setel tengok binatang tu
kitorang pi melawat muzium ni
dekat je, atas bukit jalan kaki


bab melawat muzium memang aku suka
bagi sehari pun takpe.
sebab aku suka tengok barang sejarah.
tapi belajar sejarah aku malas. huhuhu

cer teka ni apa? ni batu nisan kay. hehehe
gambar (1)
gambar (2). [gambar (1) dan (2) adalah sama]
phewww. ni kalau buat bola boling pun ok ni


my love of my life. ibu dan abah dengan budak gigi dua batang-mieya

duit zaman dedulu. kalau sekarang pakai lagi duit ni,
maunya aku pakai henbeg gabak kot

masa dah balik, aku kata kat syera, eh dik kau tak bawa ke madzan balik. madzan tu  patung polis tu. kat nametag dia tertulis 'madzan'
minat betul aku ya dengan batu nisan.

ni la rupa muzium ni dari luar
kiri-kanan (yai, adeq, syera)
adeq. tahun ni ambil SPM.
syera dan wani *wani ni pangkat anak sedara aku ni. lepas tu dia dah kawen.
 anak dia panggil aku wan. ohmaigod. pitam aku. aku dah tua*
buah hati saya pakcik kama dengan makcik zan. hehehe. ibu dan abah saya lah
ibu kata, bawa balik satu letak depan rumah
motip??? takde motip.
then after dah siap tengok semua, turun semula ke bawah naik tren tadi.
eksaited lagi. hahaha.
then amit bawa kitorang pergi tengok makam anak dara.

bacalah sendiri
orang sini kata kepercayaan pada makam ini adalah jika sesiapa nak dapat jodoh, buatlah niat kat sini. then bila dah kawen, bawa pasangan tu datang sini untuk ucap terima kasih.
nak tengok makam tu kena naik tangga kayu. dan tangga dia sangat curam kay. aku naik relax je. bila turun aku siap sesak nafas lagi sebab aku kan gayat. aku gayat dengan ketinggian sebab tu aku tak tinggi kot sebab kalau aku tinggi lagi aku gayat kot. kahkahkahkah ok tak kelaka.
aku pun adalah berniat kat sini supaya dapat jodoh orang kaya raya. ok acah je.
gila kau nak berniat? kang kena ceramah agama free dengan abah.

tasik yang terdapat di makam anak dara

then lepas tu kami semua *aku lah tu yang over*
mintak amit tunjuk sawah padi.
almaklumlah, karak takde sawah padi.
karak banyak beras je.





kat sini lah cerita nur kasih tu buat pengambaran.
aku tipu adik aku kata kat sini lah juga pengambaran filem cun.
hehehe. padahal cerita cun buat kat perlis kan?
tapi memang cantik pun sawah padi ni.
tempatnya di tanjung karang.

petang after asar tu amit ajak tengok pantai remis
ekceli pantai ni tak boleh mandi katanya sebab airnya kotor.
so pergi setakat nak tengok jelah.
then untuk keluar makan kan katanya.

cantik kan? aku ni dah sememangnya gila dengan laut
ewah pakcik kamarudin ni ya. mengalahkan romeo pulak

malam pulak amit bawa kitorang tengok kelip-kelip.
dekat je dengan rumah dia.
tak sampai 5 min naik kereta.
nak naik sampan satu kepala Rm10.
tapi macam biasalah, penakot macam aku memang tak lah.
ok tahukah anda dalam sungai kelip-kelip tu ada buaya.
ya, tak tipu kay.
sebab dalam sungai tu banyak udang.
orang kata kalau ada banyak udang, mesti banyak buaya.
adeq dengan adik-adik sedara aku semua naik.
ya, aku tabik dengan diorang. si tukang bawa sampan tu siap pesan, jaga tangan ya jangan kena air. adeq cerita, nafas dia macam taknak tarik je bila orang tu kata gitu. aku dengar pun dah meremang bulu hidung ketiak roma. inikan pulak nak naik. 
adeq kata memang lawa la kelip-kelip tu dekat pokok.
macam lampu pokok krismas. cis tetiba aku rasa nyesal tak ikot naik sampan.

macam ni la jeti kelip-kelip tu. gila scary.



ok setel cerita sabtu.
ahad pulak.
ekceli ahad tu time balik ikot bukit fraser.
sebab ibu nak jumpa sepupu dia yang dah 30 tahun tak jumpa.
kira macam program jejak kasih la kan.







satu je yang aku suka tentang fraser hill.
sebab bangunan dia yang unik.
bangunan inggeris kan.
aku ni kan ala-ala inggeris sikit. hakhakhaktuiii.

so percutian ni memang bawa manfaat untuk aku.
sebab aku memang suka tempat bersejarah.
dan paling penting tempat tu mestilah jarang aku tau dan jarang aku baca di mana-mana majalah dan internet. yang paling penting ofkos lah sebab satu family kan. ahad malam baru sampai karak. penat? memang penat.tapi isnin tu kau tau?
kitorang sekeluarga pi mandi sungai pulak.
malam main badminton.
sampai syera tanya aku, kakak tak reti penat ke?
entah. penat memang penat. tapi aku rasa aku nak manfaatkan setiap detik cuti ni dihabiskan dengan family dan enjoy.
selalu dapat balik sabtu ahad mana sempat buat semua tu.

pendek kata, aku memang suka kuala selangor.
ok, mari cari jodoh orang sana. kahkahkahkah.

ok itu aje.
pic adalah banyak.
nanti aku upload lagi kalau rajin lah.

sekian

No comments: