May 3, 2012

Kerana banyak halangan tapi bila dah ok, semua jadi indah


Salam.

hai semua.
ekceli aku baru je kembali bekerja after bercuti.
kehkehkeh. jeles ke tak jeles ni?

jumaat 27hb april tu lepas je habis ofis hour aku terus zassss tunggu bas depan JPM untuk ke sungai besi.
sebab kami sekeluarga akan ke rumah tunang adik aku, Farah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. katanya tempat tu best. best ke tak best? nanti aku bagitau.
ni aku nak cerita pasal halangan-halangan yang terpaksa aku tempuh sepanjang percutian ni. kira macam ada je menda yang tak kena kan. 

jumaat pukul 3 petang sepatutnya aku kena hadiri perhimpunan bulanan jabatan aku tapi aku ponteng.
sebabnya kerja adalah banyak. aku kan nak kejar masa. so tak boleh nak lengah-lengah lagi. so ponteng la kita ye. tapi ada alasan kukuh sebab ada kerja penting. kukuh ke? tidaklah ku tahu. huhuhuhu.

dalam 4.25 macam tu, dorang tak naik ofis lagi. gila lama kan perhimpunan. kerja aku pun dah siap. dengan pantas aku berkemas. angkat beg dan jalan selaju mungkin lah. sebab aku taknak terselisih dengan bos-bos yang balik dari perhimpunan tu. kang pelik pulak dorang macamana aku boleh sepantas kilat boleh angkot beg. hehehe.

bila dah sampai bustop depan tu. adalah dalam 750 meter (bak kata kak nora) tiba-tiba aku teringat, purse aku tertinggal dalam drawer ofis. masa tu aku rasa macam nak nangis pun ada. hahaha. marah kot aku pada diri sendiri sebab pelupa. nak kena patah balik. aduhai. dah la beg besar. tak lah besar mana, tapi berat la jugak. aku ni dah la malas nak terserempak dengan bebudak ofiz/bos-bos tu semua. bila aku sampai di post pengawal aku tengok dorang baru keluar auditorium. aku pun dapat satu akal, tinggalkan beg kat polis bantuan tu. nasib baik lah cik abang tu baik hati sanggup jaga beg baju aku.

then bila dah sampai ofiz aku kena gelak dengan kakak-kakak. yelah, kemain jalan laju tak toleh kiri kanan sekali ambikkkk, kena naik semula opis. grrrrrr.

ok semuanya ok sehinggalah aku sampai di kl sentral. kemain ramai manusia di sana weh. semua pun nak balik bercuti kot. aku kena cari adik sedara aku, Yai. telefon dia, dia kata dia ada depan mekdi. memang bagus la tu, aku pun dah lapar. tapi mekdi pun, kemain ramainya orang. tapi bila aku dah dapat meja hasil perebutan dan ketangkasan Yai, banyak pulak meja yang kosong selepas tu. dalam pukul 6 kot. call ibu, rupa-rupanya dorang tak bertolak lagi. aku macam, alahai, pukul berapa nak sampai ni? aku pun makan la slow-slow kan sebab nak habiskan masa.

then bila ibu call kata dorang dah sampai lentang, makanya aku dan Yai pun beratur la untuk beli tiket KTM untuk ke sungai besi sebab ibu akan pick up aku di sana. bukan ibu lah yang pick up, tapi Amit, tunang farah yang drive. ibu jadi mem besar di belakang. huhuhuhu

aku rasa baru kali kedua kot aku guna KTM ni. kali pertama dah lama kot aku tak ingat lah. jadi aku dan yai ada sedikit kejakunan di situ.
tak dapat tempat duduk. kena berdiri. ok tak kesah. aku memang suka berdiri pun bila dalam LRT/ERL.
then sampai stesen mana entah, ketapi terstop. rupa-rupanya letrik takde. ibu kata dia dah dekat nak sampai sungai besi. lama jugaklah ketapi tu stop adalah dalam 30 min. lama kan? aku dan Yai siap keluar lagi sebab panas. bila dah ada letrik, cepat-cepat masuk dalam.

sampai stesen mana entah (again, aku lupa), terstop lagi. pun 30 min. sebab nak tunggu isyarat dari menara kawalan kot aku dah lupa. ibu pun dah sampai sungai besi. kihkihkih. tadi aku merungut kena tunggu dorang. sekarang dorang pulak merungut kena tunggu aku. padan muka semua. kena tunggu diva bak kata adik aku.
dah nampak stesen sungai besi dah, ketapi terstop lagi. aku dah macam apakehalnya ni weh. nasib baik sekejap je.

dah tu nak cari dorang pulak satu hal bila dan turun ketapi. ceruk mana lah dorang pi parking kereta ni. turun naik tangga je kerjanya aku dengan yai mencari. rupa-rupanya nun di seberang jalan jauh kemain. adui. berkematu tumit aku macam ni.

masa otw nak balik karak, dorang cadang nak ikot bukit fraser. ye lah tu. aku dah nak collapse dah. tapi ikot jelah. hihihi. dah sesat bila sampai bukit beruntong. huhuhuhu. itu pun halangan jugak tu. abah pi tanya jalan dekat pak guard apartmen tu. barulah dapat gambaran.

masa lalu bukit beruntong dan kuala kubu bharu tiba-tiba memori pappppp muncul. ni selingan je ye. huhuhu. adalah kenangan aku dan dia di sini. dulu aku katalah kat dia, teringin nak tengok kuala kubu bharu. aku pun tak faham kenapa aku harus nak tengok bandar kkb ni. padahal aku boleh je mintak nak pergi johor ke, perak ke. huhuhu. then satu petang dalam pukul 2 dia call kata jom jalan. aku macam jommmm. laju je aku ni kalau bab berjalan. aku ajaklah adik aku, farah. rupa-rupanya dia nak bawak aku pusing-pusing ke kkb ikot jalan genting-batangkali semua tu lah. sebab nak tunjuk kkb kat aku. aku macam ohhh soooo sweet. masa tu rasa sayang awak ketat-ketat. kahkahkahkahkah.

ok,balik semula ke topik bukit fraser tu. bila dah jumpa jalan, smooth je la perjalanan kami. 

sebenarnya banyak halangan nya. tapi tak larat la aku nak menaip. ini pun dah panjang kemain. buat karangan BM pun tak panjang macam ni (sebab aku tak suka BM. bengang je cikgu jamal dengan aku and the gang sebab banyak menderhaka kat dia).

nanti aku buat entri bergambar pulak ye.
penat acik menaip.

bye.

sekian




No comments: