May 4, 2012

Kerana anak-anak Encik Kamarudin dan Puan Noor Azizan

salam.


wah gila kemain sejuk dalam opis ni.
dah la rehat lama. sampai 2.45.
aku ni dahlah kesunyian sebab kak nora mc. linda mc. 
sobs sobs sobs. loneranger je la kitewww ni.


seperti yang sedia maklum *ecewah macamlah korang nak kesah kan*
aku ada 3 adik.
farah, 23 tahun.
syera, 20 tahun.
adeq, 17 tahun.


semua pun beza 3 tahun. aku je yang beza 4 tahun dengan farah.
sebab tu aku dikatakan mengada kot. padahal tak pun. mana ada mengada-ngada. semua tu fitnah je *ayat artis*. aku akui, kat karak, aku takde kawan perempuan. kawan perempuan aku semua duduk bentong. ala yang farah raihana dengan tqah tu lah.
dulu ada lah jugak kawan perempuan kat karak. tapi bila dah besar ni, masing-masing bawa haluan sendiri.
*sedih*


that's why aku dengan adik-adik aku sangat rapat. sangat rapat ok.
kami macam kawan. kongsi minat, kongsi masalah, cerita, pakwe dan banyak lagi lah.
aku boleh pergi kemana saja dengan adik-adik aku tanpa rasa janggal.
kami boleh gelak dengan lawak sarcastic masing-masing.
ohya, adik-adik aku memang expert dalam membuat lawak sarcastic.
kalau yang tak faham tu, memang kesian lah.
tapi kalau macam aku, memang dah faham dah.


dan bila di rumah, kami memang bising.
bila time berita jam 8 tu, mulut kami memang kecoh.
lepas tu satgi kena sound dengan abah "nak bising pergi naik atas/duduk luar"
agak sedih di situ. huhuhu.
tak pun bila tengok tv, sambil tu berbual tentang jalan cerita, mesti abah akan tutup tv.
agak sadis ya.


tapi sebenarnya abah pun mengaku, tanpa anak-anak hidup dia sunyi.
tapi bila ada kami, pening pulak kepala.
mulut masing-masing tak reti duk diam. 


tukang lawak dalam family adalah adik bongsu aku.
panggil dia adeq. umur dah 17 pun panggil adeq lagi.
sebab dah terbiasa kot.
kalau kat rumah tu, ada je dia, memang selalu gelak lah.
tapi kadang-kadang menyakitkan hati jugak. sebab nakal kan.
tapi bila dia dah besar ni aku treat dia seperti kawan je.
takdelah nak marah-marah sangat.










kau tengok lah aksi dia.
ni masa makan malam di kuala selangor.
masa ni ibu dan abah duk jauh.
boleh la buat perangai.
cer kalau abah duk satu meja. memang sah-sah kena jeling sebab abah ni perangai dia kat tempat awam  kena behave.
tapi anak-anak kepala batu.
takde je abah depan mata, buatlah sikap gila-gila tu.
aku, farah dan syera tukang gelak.
bestfren dia adalah sepupu aku sendiri iaitu Yai (baju merah)




kemain kalau dapat posing memasing.

farah dan amit 


syera

wah muka aku ada cahaya keimanan lah.
pangggggg
ewah. last pic mestilah epic sikit.
pic tuan tanah blog ni.
ohya, kulit muka memang serasi kot dengan produk yang aku guna sekarang.
liang pori tu dah mengecil.
cuma adalah here and there yang tak ok lagi.
atenye, pakai baru sebulan kau nak terus bajet muka semulus lisa sughihani ke?
lepas tu pergi berjemur kat sungai, dah sunburn kulit.
habis kakak-kakak opis pun guna produk setelah aku meyakinkan mereka produk ni ok.
kuikuikuikui.

ok dah. itu aja deh.

sekian

No comments: