May 21, 2012

Kerana kelebihan Ayat 1000 Dinar. marilah sama-sama amalkan.

Salam


atas ini adalah ayat seribu dinar.
dah lama aku nak share tentang kelebihan ayat ni. cuma yelah, syaiton ni kalau kita nak buat menda baik memang dia hasut kita supaya lupa, kan? menda menda yang lagha cepat je dia hasut aku suruh up dalam blog. memang syaitonnirrajim betul lah syaiton ni.

baiklah.

tak payah buang masa.
mari tengok apakah kelebihan ayat seribu dinar ini.

1. membuka pintu rezeki. rezeki selain dari usaha fizikally *aduhainye pun merosakkan bahasa ongputih* kita juga boleh mengamalkan ayat ini mudah-mudahan dengan restuNYA, rezeki kita murah dan diberkati :)

2. menjauhkan dari bala bencana, malapetaka dan perkara yang tak diingini.

3. melenyapkan perasaan resah gelisah. ye adik adik. dari dok meroyan dalam FB atau blog mengadu pada kengkawan dan akhirnya kengkawan tempelak kita semula, baiklah kau amalkan ayat ini sambil bermuhasabah diri. eceh, ngata orang pandai kau ye, reena. baiklah. baiklah kita amalkan ayat ini sesama mudah-mudahan beroleh ketenangan.

4. kalau mana yang sakit itu, boleh amalkan baca ayat ini sebanyak 3 kali, dan dihembuskan kepada pesakit ataupun dijampi air untuk minum. InsyaAllah. yang penting kena yakin, semuanya atas keizinan Allah.

5. menghindari orang yang zalim seperti musuh dalam selimut, bos bos yang sentiasa mencari salah kita padahal kita tak salah pun, serta pemimpin yang zalim.

6. memudahkan jalan penyelesaian jika ditimpa masalah dan musibah. bukannya bila kau baca ni, terus tinggggg *mentol lampu keluar atas kepala* masalah kau selesai. tapi ianya mungkin membuat hati kita tenang dan memudahkan kita bertindak rasional dalam menghadapi musibah serta menyelesaikan masalah yang menimpa.

yang penting, jangan hanya baca. fahamkan maksudnya, 
solat 5 waktu serta meninggalkan larangan-NYA.
yang baiknya datang daripada Allah s.w.t
yang buruk itu datangnya daripada hamba jua :)
selamat beramal.

sekian

5 comments:

Unknown said...

nice sharing. sebenarnya semua ayat dlm alquran tu membawa maksud tersendri. hebat ciptaan Allah kan,

Reena Kamarudin said...

yup. itulah kelebihan kalamullah ;)
thanks for reading it :)

eMMe said...

sama2 kite amalkan..InsyaAllah...berkat dunia akhirat!

Anonymous said...

Cun gak Reena ni..

RICH said...

Alhamdulillah saya telah pun mula mengamalkannya