May 21, 2012

Kerana apakah perkara yang buat kita rasa sedikit gembira?

Salam.

hello semua. adakah isnin anda sesemangat saya?
ucapkan terima kasih kepada isnin kerana sesungguhnya kita masih bernafas di muka bumi ini. and tentu sekali. thank you, Allah :)

takmau ok moody moody. takmau rasa tak semangat. takmau monday blues. takmau takmau.
ok. apa nak cerita hari ini ya. hmmm cerita pasal kegembiraan nak? apa perkara even ianya kecil yang boleh buat kamu gembira. yelah, asyik bermuram durja fikir masalah here and there. hey you know what? masalah akan sentiasa ada. takkan pernah lari. sentiasa ada di sisi kita. kalau tak, takkan wujud lagu "trouble is a friend" by Lenka kan. cuma, kemon lah friends, takkan selama-lamanya kita nak asyik dok fikir masalah tu kan. chill sikit dan katakan pada masalah "go away. aku cuma nak gembira hari ini"

1. senyuman. ewah. senyuman sangat berkuasa tau. hanya dengan senyuman, kau boleh menceriakan hidup orang lain. dan juga kau boleh menceriakan hidup kau sendiri. senyumlah. senyuman kau kan manis. senyum pada orang yang tak suka pada kau. gerenti dia terkedu.

2. ucapan terima kasih. mulakan hari kita dengan mengucapkan terima kasih kepada si driver bas yang telah membawa bas dengan cermat dan cekap. terima kasih kepada adik kaunter kafe yang buat-buat tak nampak sosej dalam polisterin sebab kita kan kawan, terima kasih kepada Kak Nah yang buatkan air nescafe yang sedap dan ummphhh one now one nescafe. ucapkan terima kasih kepada mereka yang melukakan hati kita ecewah macam wanita lindungan kaabah pulak nak buat dialog "terima kasih atas kelukaan yang awak beri ini"

3. berlapang dada. memaafkan sesiapa yang buat salah dengan kita. dan meminta maaf jika kita membuat salah dengan orang lain. resepinya? ketepikan sedikit ego itu :)

4. telefon orang tua di kampung mungkin dapat membantu kita untuk gembira. ceritakan apa yang berlaku seharian di tempat kerja dan tanya khabar mereka. jangan lupa di akhirnya ucapkan "saya sayang ibu/abah". malu? pada mulanya, memang akan ada rasa malu yelah tetiba dah besar gabak ni nak ucap sayang sayang bagaikan. tapi apa salahnya. ketepikan ego dan malu tu. amboi kalau ucap kat pakwe/makwe, setiap minit pun takpe.

5. makan aiskirim. ok a lil' bit childish here but who cares? pergi kedai, cari aiskrim paling tersedap bagi kau dan nikmatinya. mudah bukan. sometimes, adalah sangat cool bila dapat berperangai seperti kanak-kanak riang. 

6. menyanyi perlahan hanya kita saja yang dengar. cubalah. 

7. dengar lagu kegemaran berulang kali sampai sampai hmmm sampai kau dah bosan. 

8. tegur orang yang tak pernah/dah lama/jarang kita tegur be it on FB or any other laman web sosial atau pun secara berdepan. just say hi sambil buat ekspresi yang sangat gembira.

9. pujian. tak salah rasanya puji kawan-kawan yang kelihatan cantik pada hari ini pakai baju lain daripada yang lain. ataupun memuji kulit muka kawan yang sudah nampak kelainan setelah mencuba produk muka baru.

10. berangan. wah ni yang paling aku suka. tapi jangan lah berangan sampai satu kerja pun tak siap. cukuplah anganan itu cuma lintasan di dalam kepala kita saja. macam contoh sedang menaip ini aku terbayangkan hmmm alangkah bahagianya hidup jika aku dapat Scirocco sebijik warna putih perghhh tidur dalam kereta tu jela agaknya :)

ulalalalala. pic googled.

tak susah untuk membahagiakan dan  mengembirakan hati sendiri.
walaupun kegembiraan itu bersifat sementara. cukuplah untuk membuatkan hati kita muda walau seminit.

sekian

3 comments:

Nadiaafarhanaa said...

ceria selalu :)

kinara kinatara said...

singgah sini dan follow:)

Pink Lavender said...

makneng follow kamu..
jom follow makneng