May 7, 2012

Kerana bebelan acik di pagi hari

Salam.


pagi ni hujan je kan. dari pukul tiga lagi dah hujan.
aku perasan dua tiga hari ni asal pukul 3 je hujan. time cuti memang heaven la kot tidur kan.
time hari bekerja memang memang memang bercinta nak bangun.
dah tu kalau hujan je takpe kot. ni kilat petir serius kuat.
sabtu pukul 2 pagi petir kuat gila sampai aku terjaga.
serius aku takut. sebab memang kuat kot. macam bom *macam pernah dengar bom meletup live kan. sudah-sudah lah tu reena dengan imajinasi keji kau tu*


bila dah tersedar tu aku macam, Ya Allah, kau selamatkan lah aku. selamatkan lah keluarga aku.
ok fine. padahal terang-terang pukul 2 pagi kot. sah-sah semua dah tidur T___T
tapi aku memang berdoa je la kerjanya.
lepas tu aku pi tutup cermin dalam bilik aku tu.
then duk bersila atas tilam tengah berfikir nak tutup kipas ke tak eh, nak tutup ke tak?
karang kalau aku tutup, panas. kalau tak tutup, aku takut petir kilat menyambar *relevan tak*
dekat 10 minit jugaklah aku berfikir sedangkan petir duk berbunyi je.
sempat lagi kan kilat menyambar kalau dah duk memikir jelah kerjanya T___T


pagi tadi keluar rumah masih hujan cuma hujan manja-manja je la.
lepas tu kan aku nak terjatuh sebab wedges licin. lepas tu aku dengar ada orang gelak.
aku terus toleh tengok dua orang perempuan tengah tutup mulut.
then tak lama lepas tu aku dengar salah seorang menjerit.
rupa-rupanya salah seorang tu pun nak terjatuh.
tapi aku tak gelak pun sebab aku dah kena kan.
tapi tu la kau gelak lagi kat aku. dah kau pun kena.
tapi sekarang aku nak gelak la. hahahahahhahahaha. 


dah sampai opis dah makan semua tu.
dalam pukul 8 aku nak ke toilet.
lepas tu aku tengok, kaunter kosong. din takde and sesiapa yang ikot turn pun takde.
so aku macam, eh, siapa yang jaga ni. kenapa dia tak jaga. nanti bos lalu, sah-sah kena marah.
tak tau ke bos tu pantang takde orang yang jaga? nanti panggilan masuk siapa nak jawab and blablabla.
then aku pergi tengok jadual kat kaunter tu. kira macam nak call la sesiapa yang turn dia jaga tu.
7.30 pagi-9.00 pagi N**** **REENA
errrrkkk. tetiba aku termalu sendiri. aku rupanya. huhuhuhu.
macamana boleh terlupa ni?


ok la.
itu jelah bebelan acik pepagi ni.
sehingga ketemu lagi.


sekian

No comments: