May 7, 2012

Kerana mood rajin nak memasak sudah datang. silalah percaya

Salam.


waktu rehat ni aku habiskan masa dengan tengok-tengok resepi kat intenet.
saja jelah. bukan ada apa pun.
sebab aku teringin la nak masak daging dendeng.
sebab aku suka daging tu.
cuma nak masak tu tak berapa nak dibayangkan lagi camne.
hahahah. padahal tak tahu.


ekceli, aku memang suka masak. tolonglah percaya.
kalau balik karak tu, memang aku yang masak. 
matiklah stetmen kena sumpah dengan adik-adik aku.
antara favret aku untuk dimasak adalah *or mungkin itu je yang senang dan aku pandai*
-ayam masak merah 
-ayam bercili
-ayam masak kicap
-daging masak kicap
-daging bercili
-ayam goreng *matiklah kena sumpah ayam goreng siapa tak reti hoi*
-ikan goreng *kahkahkahkah tak kelakar*
-goreng-goreng sayur *eleh, bukan susah kot goreng sayur. kau campak-campak dah siap*
-telur masak sos *ni menu bujang aku*
-sambal bilis


ok ok. honestly aku cuma pernah masak-masak yang bergoreng je.
berkuah-kuah macam gulai lemak, asam pedas, gulai tempoyak segala tu memang tak pernah.
semua tu ibu yang masak. aku cuma makan.
eh tak, aku cuma godek-godek je nanti kuah melimpah kalau tak godek.


aku bernekad sepenuh jiwa, nanti balik karak aku nak masak Daging Dendeng untuk semua yang tercinta.


Bahan-Bahan (untuk 6 orang)


*500-700 gm *daging ikotlah perut family kau besar mana*
*4 biji tomato *beli lebih pun takpe sebab nanti boleh letak kat mata dan muka*
*2 sudu besar kicap
*1 sudu besar gula
*garam secukupnya *hoi nak bagitau jugak ke kena letak garam*


yang ni pulak Bahan A untuk dikisar


*2 sudu jintan manis
*1 sudu jintan putih *apa ni jintan manis la, jintan putih la. jintan pink takde?*
*10 ulas bawang besar
*3 sudu besar cili giling *ni kat kedai pun ada jual dah ni hari tu aku ternampak*
*sedikit halia


cara-cara:


1. hiris nipis daging tu. nipis camner tu sendiri agaklah kot. takkan nak ukur pakai pembaris kan.
2. then gaul daging tu sedikit dengan bahan A. perapkan sekejap.
3. goreng daging tu sampai garing. then letak tepi dulu. tarik nafas.
4. kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. masak hingga kering. rasa lah garam tu ok ke tak.
5. then tadaaaaaaaaaaa. siap.


nampak macam senang kan?
nanti aku dah cuba aku tepek kat blog eh.
kalau jadi, aku akan cakap jadi.
kalau tak jadi dan tak sedap aku akan cakap jadi dan sedap juga.


daaaaa.


sekian





No comments: