May 8, 2012

Kerana akhirnya kini pasti *gaya kak nita suara keluar kat hidung*

Salam.


selasa yang indah kan? pagi tadi on the way ke ofis, aku dapat lihat, indahnya langit. indahnya matahari yang terbit. indahnya ciptaan Allah. 
terasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus bernafas.


ok jangan heran kenapa aku bermadah pujangga di pagi hari ini. itu tandanya mood guwe adalah sangat baik.
awan biru yang cantik ada atas kepala aku. 
kalau aku meroyan tu maknanya awan hitam la. heh!


hey, you know what?
aku hepi sangat-sangat sebab akhirnya.............
akhirnya..........
kini pasti *gaya anita sarawak sambil angkat-angkat kaki konon energetik sangat*
eh, nak tau tak, dalam buku salah silah keluarga aku kan, ada nama anita sarawak.
tapi taklah tulis anita sarawak. tulis nama betul dia Ithnaini ke apa entah.
aku macam what?? aku ni sedara dia ke? *slow-slow menyorok bawah meja*
lepas dah tau tu, bila ada anita keluar tv mulalah kata kat abah
"abah tu sedara abah"
berbulu je abah. hahahhaa
tapi bukanlah sedara dekat cuma susur galur tu je.
tak, tak. bukan sedara dekat ok so tak boleh nak tanya 
"makcik nita muka tegang memang disebabkan wudhuk eh?"
ok, jangan nak kiah propa sangat, reena.


ok berbalik kepada topik akhirnya kini pasti tu kan.
nak tau apa yang pasti tu???
Ibu kan, dia kan hehehehe. 
dia dah decide nak bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 01.01.2013.
ya Allah, aku lah yang paling gembira.
eh ke abah yang paling gembira? abah kot sebab tetiap pagi tak payah dah hantar ibu.
kahkahkahkah. ok tak. abah hepi la sebab isteri tersayang dia akhirnya sentiasa ada di rumah.


aku pun tersangat kah hepi.
sebab dah lama aku pujuk ibu supaya pencen.
tahun ni bulan 6 ibu genap 50 tahun.
aku dah taknak ibu bekerja.
aku nak dia berehat dirumah je.
sebab aku rasa, umur 50 tahun adalah masa untuk dia tumpukan pada kesihatan dia, ibadah dia serta habiskan masa dengan abah.


tapi dalam pada tu, dia tanya jugak aku
"dah tu nanti ibu nak buat apa? bosan lah nanti duduk rumah je"
dengan suara manja. ibu memang manja. ok sekarang aku tau mana sifat manja aku ni aku dapat.
kahkahkahkah tak kelakar la pompuan.


aku jawab
"eh apa bosan pulak. kain baju banyak untuk dibasuh, pinggan untuk dibasuh, mop lantai, siram bunga. kakngah takkan bagi ibu goyang kaki la"
panggggggggggg. ok tipu. aku takkan jawab dengan jawapan derhaka tu.


ayat yang betulnya
"nanti kakngah belikan ibu mesin jahit. ibu jahit la baju sikit sikit. baju kurung kakngah ke. dah lama tak pakai baju yang ibu jahit"


dulu memang ibu yang jahit semua baju kurung aku dan adik-adik.
tapi sejak mesin jahit letrik jenama singer menawan keluarga bahagia dia tu rosak
maka dia dah tak menjahit dah.
ibu jahit best. lepas tu kalau terbesar ke, terlabuh ke itu jam kalu, boleh terus alter.


dulu-dulu masa sekolah rendah kan, aku selalu jeles kat kengkawan yang maknya surirumah.
sebab bila time nak balik je mesti diorang buat dialog
"apalah mak aku masak tengah hari ni"
"laparlah, tak sabar nak balik tengok mak masak apa"


aku harap, ibu tak berubah fikiran. aku harap ibu istiqamah dalam membuat keputusan.
aku harap ibu takkan kecewakan aku. hahahhaha.
aku risau dengan kesihatan dia. aku cuma nak dia berehat.


13 mei birthday syera
02 jun ni birthday abah.
03 jun birthday ibu.
04 jun birthday adeq.
15 jun birthday farah


dah terfikir-fikir ni nak buat makan-makan kecik-kecik je.
buat sekali terus.
beli kek.
hadiah? tak payah la kot.
aku bagi hadiah kasih sayang je la.
aci tak?








tacing tak? tacing tak?
tak? huh!
memang hati kau hati batu.


sekian






2 comments:

Ida Roslan said...

Bestkan kalau kita balik mak kita ada kat rumah. tak suka bila mak bekerja terasa sunyi walaupun bukan kita ada jew kat rumah sebab bekerja juga. Semoga mak kak reena istiqamah untuk pencen. amin insyallah =). Aci jew wat makan kecik2 untuk senarai birthday tu hehe..kasih sayang itu yang penting.

Reena Kamarudin said...

ida roslan:

thanx dik doakan ibu akak istiqamah. hahaha.