Apr 2, 2012

Kerana oh manisnya manisnya senyumanmu.

Salam.


sedekah paling mudah tanpa mengeluarkan peluh, wang dan harta adalah senyuman.
ya. senyuman boleh mengubah mood seseorang.
mungkin untuk sekejap.
atau mungkin sepanjang hari.
tapi janganlah sepanjang hari kau senyum.
tengah buat kerja pun kau senyum.
tengah makan pun kau senyuman.
nanti orang kata kau gila.


setiap pagi, bila datang kerja, mood mesti ke laut kan.
aku lah ni.
tapi sepanjang jalan nak masuk ofis, kalau terserempak dengan 
orang yang dikenali yang menegur aku dan memberikan senyuman,
otomatik, mood aku jadi berubah. *ye, macamkan semua orang kenal aku*
otomatik aku akan tersenyum. even bukan di wajah tapi di hati.
kau faham tak senyuman di hati?
kalau tak faham, pura-pura faham la ye.
dan terus mood yang ke laut tadi telah kembali ke darat.
i was like ooookaaayyyy lets do it. kerja dengan ikhlas.


besarnya kuasa senyuman kan.
orang bujang macam aku ni lagi lah.
kalau dapat senyuman dari lelaki cute sikit dari adiputra,
bukan setakat sepanjang hari.
seminggu pun tak hilang senyuman dalam hati tu.
ok gatai.
haram ok meninggikan pandangan.
wanita muslimah wajib merendahkan pandangan. oh ok.


ahad semalam. kuasa senyuman kembali lagi.
dalam pukul 12 tengahari macam tu aku turun.
rutin aku kalau tak balik karak dan stay je di rumah bujangku ini adalah
pukul 12 noon je aku mesti cari newspaper.
ya, agak lambat nak upgrade otak dengan isu semasa.
salah mata la ni bangun lambat T_____T
so selalunya kalau aku nak makan nasi,
aku akan masak nasi dan lauk simple macam telur dadar ke,
tempe ke or goreng simple-simple je.
bukan malas. ecewah. cuma makan sensorang kan.
tak payah la nak beria.
nanti dah kawen, abang tak payah risau.
sayang masak sesedap. kahkahkahkahmenyampah sila lempang.
so semalam tekak terasa nak makan ayam masak merah.


kat bawah flat aku ni ada makcik-makcik open table jual
lauk pauk tu. ala yang macam bazar ramadhan tu.
so aku pergilah jenguk.
mula-mula macam malas.
sebab tau, ayam mahal. rm3.50 seketoi.
tapi sebab perot dah lapar tahap dewa. so kakiku melangkah jua.


ada dua gerai.
gerai pertama ada dua orang kakak melayan pelanggan.
gerai kedua ada sorang adik tengah kibas-kibas lauk guna plastik
padahal bertutup je lauk tu. aku tak tau lah motifnya.
lalat pun takde.
so aku pun pergilah ke gerai kedua kat adik kibas-kibas tu.
dengan tanganku yang penuh kiri kanan dengan paper harian metro, kosmo dan mingguan serta
susu rendah lemak ehem ehem bajet taknak menambah lemak la tu kan.


aku : dik, bagi ayam masak merah ni seketol
adik : yang mana *muka masam. senyum pun tak. hulur plastik kat aku*
aku : adik tolong isikan boleh. tangan penuh la *boddo kan. tak payah cakap pun dia dah nampak tangan kau penuh*
adik : hmm yela. nasi nak tak? *muka masam lagi. gila mencuka muka*
aku : nasi taknak la dik
adik : *bukak penutup lauk dengan kasar* nak yang mana?
aku : takpelah dik. terima kasih je lah *terus pergi meja sebelah*


susah ke nak senyum?
mengkalau kau period sekalipun, kalau namanya berniaga
tak boleh ke kau fake-kan senyuman kau tu?
kan dah mati selera aku.
hilang rm3.50 kau kan.


heh.
ok bye sayangs.


sekian

No comments: