Mar 30, 2012

Kerana berbual kosong tentang cinta

warning: entri ni agak panjang.


Salam.
pagi tadi terjaga pukul 5 lebih. phewww hujan rupa-rupanya.
percayalah, bangun tidur untuk pergi kerja semasa hujan menyimbah bumi adalah 
dugaan yang maha hebat untuk aku.
beratnya badan nak bangun dikala setiap titik hujan seperti menyuruh aku kembali tidur.
hujan di subuh hari memang menyamankan.
sejuk dan nyaman.
sedap memeluk bantal peluk. orang bujang katakan.
eh.
dan sekarang cuaca masih lagi mendung.
cuaca suram. dan ohya. hari ni hari jumaat kan.
tapi aku rasa macam hari ni hari khamis.
di benakku masih berfikir-fikir nak balik karak ke tak petang ni.
kepala otak aku macam tak berfungsi sangat pagi ni.
bila aku banyak berfikir dengan pelbagai perkara,
otomatik mulut aku akan jadi diam dan malas nak bercakap.
so sesiapa yang bertanya, berborak dengan aku hari ni, memang kesian lah.
sebab aku memang malas nak bercakap. boleh? huhuhuhuhu


ada ketika dalam hidup, aku rasa macam ada yang penting.
ada yang tak. apa yang berlaku, aku malas nak ambil tahu.
ada yang aku nak sangat ambil tahu tapi aku takut nak tahu.
ok berbelit-belit.
maksud aku ada satu tahap dalam hidup manusia (baca : aku)
rasa macam nak tutup henfon.
deactivate fb.
pergi kerja. balik kerja. berkurung dalam bilik.
sampai satu tahap aku rasa macam 
"sudah cukup cukup sudah. cukup sampai disini saja"
eh tu lagu. 
ada satu ketika aku terasa nak pentingkan diri sendiri.
pergi bercuti sensorang. menghirup udara nyaman tepi laut sensorang. wah bestnya.
tapi itu takkan berlaku. sebab aku ada family. 
prinsip aku, apa yang aku nak buat, aku wajib fikir family dulu.
itu aku.


and yes.
bila aku update status jiwang di fb ada kata aku in love.
up lagu jiwang di fb kata aku angau.
up status kecewa ada kata aku putus cinta.
sebenarnya dalam hidup aku, dah jauh aku tinggalkan cinta.
fokus aku hanya pada family dan diri sendiri.
terkadang aku ni memerhatikan orang.
itu yang tercetus idea status di fb macam tu.


and yes.
ada masa aku fikir siapa aku waktu dulu.
siapa aku sekarang.
ada masa aku tak fikir langsung tentang diri aku.
takde masa langsung nak fikir cinta aku.
tapi ada masanya,
bila bersendirian,
of course rindu.
tak rindu? memang aku menipu.
tapi bukan hari-hari aku rindu.
aku betol-betol dah heal dari perpisahan ini.
malah kami dah jadi kawan (even bukan kawan baik. dan kami dah tak rapat)
seminggu tu mungkin sejam dua saja aku teringat dia.
mungkin bila terdengar lagu cinta kami dulu-dulu.
or mungkin teringat apa yang aku buat sekarang adalah sama dengan apa yang aku 
buat bila dengan dia.
bukan senang nak padamkan terus memori itu.
even 20/30 tahun akan datang.
tak mungkin aku lupa. mungkin aku akan jadikan satu kenangan manis yang akan aku
pendam dalam hati sampai mati.
mengingati bekas kekasih bukan bermakna kita masih menyayangi dia.
tapi kerana aku ada ingatan yang kuat.
lagipun come on. baru setahun kot perpisahan kami.
dan yes. aku dah sembuh. tiada lagi aku meroyan ke apa ke.
kalau masa mula-mula dulu of course. tapi sekarang aku memang dah ok.
kadang-kadang adik-adik dan ibu tersebut pasal dia. aku buat relax je.
aku pernah mesej dia.
aku kata, tolong jangan ada apa-apa lagi hubungan dengan family aku.
tapi dia kata, macamana dia nak putuskan silaturrahim itu.
sebab pada dia dah macam tanggungjawab untuk dia jaga family aku.
tengok-tengokkan family aku.
dia kata, kalau aku dah tawar hati dengan dia itu aku punya pasal.
tapi dia tetap akan jaga family aku.
aku macam kfine. then aku mengamuk la jugak kan. tapi bila aku fikir balik,
apehal pulak aku nak marah-marah. dia memang hadir dalam hidup family aku sebelum dia 
aku kenal. so kenapa lah aku bodoh sangat kan nak marah-marah.


lama-lama aku dah lali.
bila adik aku cerita abang roy itu, abang roy ini
aku buat tak tau je.
betol. cinta aku pada dia dah padam.
aku memang dah takde rasa cinta itu.
tapi aku patut hormat dia sebagai seorang abang.


ok ayat agak sedih disitu.
dulu buah hati.
sekarang abang angkat. watdehel kan
kahkahkahkah.


betol la.
Allah tu boleh palingkan sekejap je hati kita ni.
kalau dulu even one second aku tak boleh fikir kalau aku hidup tanpa dia.
sekarang? 
betol kalau dulu cinta mungkin jadi benci.
kalau benci mungkin jadi cinta.
so berpada-pada dengan apa yang kita rasa.
bersederhanalah dengan perasaan kita. 


see aku dapat pengajaran.
pertama, berpada dengan perasaan. kedua jangan terlalu mengagungkan cinta sesama manusia.
ianya takkan kekal, cinta pada Allah juga yang kekal abadi. ketiga, bila bercinta cubalah berdikari, jangan 100% bergantung pada kekaseh. ingat dia BUKAN SUAMI KITA LAGI.
so aku tak malu mengakui kesilapan aku.
aku belajar menjadi matang.
aku belajar erti kehidupan.
i should thank him so much.
untuk semua pelajaran dan pengajaran yang dia beri.
semasa bercinta.
dan selepas perpisahan ini.


aku juga patut berterima kasih sebab bagi aku kenangan indah
bila aku pergi ke tempat yang aku dan dia pernah pergi, aku boleh tersenyum sendiri.
bila aku mendengar lagu yang dia pernah nyanyikan pada aku
aku boleh menggelengkan kepala dan tersenyum mengingati suara sumbang dia
see.
lama-lama kenangan yang kita rasa pahit itu akan berjaya juga membuat kita
tersenyum bila kita redha dan positif.


ok aku dah panjang gila merapu.
bye sayangs.


sekian.

No comments: