Apr 3, 2012

Kerana kalian bertiga adikku, nyawaku, buah hatiku.

Salam.


semalam kesabaran aku sebagai kakak teruji lagi.
benar, menjadi yang sulung bukannya senang.
apatah lagi terpaksa berhadapan dengan kerenah adik-adik yang ada sejuta macam kerenah.
terkadang aku rasa menjaga baby kecil lagi senang dari menjaga adik-adik yang sudah remaja.
hubungan kami adik beradik memang terlalu rapat.
ianya dipupuk sejak kecil lagi. mainan dikongsi bersama. makan bersama disuap.
dan jika terdapat masalah di dalam keluarga, kami akan duduk bersama dan cuba mencari jalan 
penyelesaian.
hilai ketawa. gurau manja. usik mengusik itu sudah biasa.
bila yang sorang berduit lebih, takkan dilupa pada kami yang lain.
jika masing-masing tiada duit, kami lebih suka duduk di rumah dan mencari alternatif lain untuk 
berhibur. takkan sesekali meminta duit ibu dan abah untuk keluar enjoy.
itu kami. dididik dengan kesederhanaan walau ada kala kami pernah "melampaui batas".


tapi semalam. airmata aku sebagai kakak gugur juga.
memang menjadi sifat aku, aku yang paling kuat menangis antara adik beradik yang lain.
mungkin aku anak kedua selepas arwah abang aku.
maka sifat sensitif memang sebati dengan aku.


pertelingkahan antara syera dan farah semalam benar-benar menguji kesabaran aku.
memang. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak adik beradik.
namun bukan seperti ini yang aku minta.
sebagai kakak, aku mendengar kedua belah pihak punya cerita.
aku taknak nampak berat sebelah. dan aku bermain dengan psikologi.
aku tak mau perkara ini berpanjangan.
walaupun terkeluar juga sifat keanakan aku apabila mengatakan aku takkan balik karak selagi
mereka tak berbaik.
tapi yela, itu semua hanya dalam mesej. bukan dari dalam hati aku.
mana mungkin aku meninggalkan mereka semua. buah hati aku.


beruntung aku mempunyai sahabat seperti kak dhiya yang sudi mendengar luahan hati aku.
yang melihat aku menangis. kebetulan terjumpa dia ketika tunggu bas mau pulang.
dan Alhamdulillah, aku kembali tenang.
sungguh aku rindu zaman belasan tahun mereka berdua.
bila mana hanya bergaduh bila salah si syera curi curi pakai baju si farah.
rindu zaman di mana kami bertiga duduk berbual atas katil tentang impian kami.
tentang lelaki *ini topik hangat selalunya aku menjadi pendengar*. tentang lagu-lagu kegemaran.
serta tentang artis yang diminati.


rindu untuk menganyam sejuta cerita sejuta memori bersama bertiga.
rindu untuk menjerit ketakutan apabila si bongsu yang nakal, adeq faeez mengacah untuk baling katak.
yes, kami bertiga terlalu takut dengan katak sehingga sekarang.
nasib baik ada si hero adeq faeez yang selalu menghalau katak di dapur.
itupun, dalam pada heronya, tetap suka menyakat kakak-kakaknya dengan binatang yang 
euwwwwwwww sangat menggelikan.
tapi sekarang menjerit lagi. kenakalan adeq memang takkan boleh hilang.
rindu pada waktu, kita menonton Charmed bersama-sama.
dan berangan menjadi salah seorang daripada mereka.


bila masing-masing sudah meningkat dewasa. syera 20 dan farah 23, memang terlalu banyak berubah.
bila masing-masing sudah punya jalan hidup sendiri.
bila masing-masing sudah punya haluan sendiri.
maka ya, kami jarang berbaring dan bergolek-golek di atas katil lagi.
mungkin bila mereka berdua ada, aku pula tiada.
jadi, tiada cerita yang boleh dikongsi.
tiada duka yang boleh dirasai bersama.


ingat.
kalian bertiga adik-adikku.
darah dagingku.
nyawaku.
jika sekarang kalian merasa saling tidak memerlukan.
percayalah, suatu hari nanti,
kalian memerlukan dakapan satu sama lain.
aku kakak hanya mampu berdoa.
semoga apa yang terjadi semalam.
kekasaran yang berlaku semalam tidak akan berulang lagi.
cubalah kawal emosi.
kawal rasa marah yang bertunjangkan iblis itu.


Farah & Syera,
kalian tetap adik kecilku yang sentiasa comel di mataku.
farah akan diambil orang sedikit masa lagi.
gunakanlah peluang yang ada ini untuk habiskan zaman bujang kau dengan kami.


Adeq faeez,
terima kasih jadi hero kakngah.
terima kasih menjadi penyelamat perkara semalam.
terima kasih kerana tolong menjadi mata kakngah menjaga ibu dan abah.
adeq memang superhero kakngah.


sayangnya aku pada kalian melebihi sayangnya aku pada diriku sendiri.


sekian.


p/s : maaf, entri agak emosi. 

No comments: