Apr 5, 2012

Kerana 15 perkara untuk diingati olehku dan anda.

Salam.
mengantuk? tak.
malas? tak.
lapar? pun tak.
so mood adalah biasa-biasa je. ya iyalor biasa-biasa aja deh.
ni nak bagitau. sila ambil perhatian. 


1. sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ni yang menyayangi anda dan sanggup berkorban apa saja demi anda-yes, mungkin keluarga kita.


2.sekurang-kurangnya ada 15 orang lagi yang menyayangi anda-hmm mungkin pakwe di klang, pakwe di shah alam dan bla bla bla.


3. salah satu alasan kenapa orang membenci anda adalah kerana dia mahu menjadi seperti anda. kata lain adalah cemburu.


4. senyuman anda boleh memberi kegembiraan kepada seseorang walaupun sebenarnya dia tidak menyukai anda-hmmm, could it be your boss? kahkahkah.


5. setiap malam, seseorang memikirkan pasal anda sebelum dia tidur. 


6. anda adalah segala-galanya bagi seseorang.


7. anda adalah istimewa dan unik dalam cara anda tersendiri.


8. seseorang yang anda tidak sedari kehadirannya, menyayangi anda.


9. apabila anda membuat kesilapan yang terbesar dalam hidup, percayalah, sesuatu yang baik akan tiba selepas itu. ingat belajar dari kesilapan.


10. apabila anda rasa anda tidak akan dapat apa yang anda mahu, kemungkinan anda tidak akan mendapatkannya. tetapi, jika anda percaya pada diri, lambat atau cepat, anda pasti akan mendapatkannya.


11. selalu ingat kata-kata semangat dan pujian yang anda dapat. lupakan kata-kata kejian dan hina. jadikan sebagai cabaran.


12. selalu beritahu sesorang tentang perasaan anda padanya. anda akan rasa lebih tenang dan lega setelah dia tahu.


13. jika anda memiliki kawan baik yang hebat, beritahu mereka yang mereka hebat.


14. jika anda rasa Allah tidak adil pada anda, mengucap semula. muhasabah diri. mungkin anda yang tidak adil pada-NYA.


15. sekurang-kurangnya seseorang bahagia disebabkan anda.






p/s: ada seseorang dalam fikiran korang kan ketika baca ni? kan kan kan? eleh, malu la tu nak ngaku.


sekian.

2 comments:

Nisah Idham said...

suke baca entry ni, insaf & tersenyum sendiri.. ketika baca entry ni, kite teringat kat en hubby kite (hehheh gediksss je) :p

Reena Kamarudin said...

thanks :)
dah ada encik hubby ye :)
semoga berbahagia selalu.