Apr 12, 2012

Kerana cuti 5 hari, terserempak dengan dia dan entri moody

Salam.
banyak sangat yang aku nak menceceh kali ni.
tapi mood macam alahai. ni la bahananya kalau cuti lelama.
aku baru naik kerja hari ni. tapi mood macam ikot suka hati aku je.
rasa macam hari ni hari isnin je. padahal esok dah jumaat.
entri kali ni macam sampah sikit tau. 
layan gambar dulu

bukit dinding.

pakcik kama *abah* sedang beraksi

aku dan syera

budak gigi dua batang

aku dan farah


ok caption adalah macam hell.
maafkan saya *gaya zizan*
selama 5 hari cuti ni fuh memang puas lah duduk rumah ke sana ke sini.
hari sabtu kenduri kawen sepupu di dewan majlis perbandaran bentong.
hari ahad pulak kenduri kawen anak kawan abah di kampung lengkong.
tapi bangsa aku ni, bila kat rumah kenduri makan adalah sangat sikit. tak, bukan kontrol.
tapi entah. rasa tak selera. bila sampai rumah mulalah kebulur. hehehe.
hari sabtu tu kan aku bangun pagi-pagi terus bukak tv.
lepas tu abah kata "amboi macam nak balas dendam je"
hehehe. ofkoz la. kat sini mana aku ada astro.
dah tu pulak, aku bukan jenis tengok tv sangat. so ini lah masanya aku tengok tv puas-puas.

malam aku layan Mania. kau tau. aku memang suka Akim dari AF lagi.
entah. dia cute kot. lagi satu kalau dia nyanyi perghhh kena ke jantung suaranya. kahkahkah.
so masa dia nyanyi Hey Jude tu aku macam oh ok suara dia sangat menyentap jiwa. hai Akim. awak cute la. kahkahkah.
satu lagi aku suka dengan cara nyanyian awie rafael tu bawa lagu dewa19 "hadapi dengan senyuman"
macam macho je. dari aku tak suka lagu tu, terus jadi suka sebab dia bawa lagu tu penuh penghayatan.
tapi salah satu sebab aku tengok mania tu sebab ada Ahmad Dhani je. kalau tak, mana maunya aku nak layan.
abah bukan suka hiburan-hiburan ni. tapi sebab aku yang nak tengok kan.
so dia tak boleh nak kata apa lah. itupun main tukar-tukar channel. sentap tau asyik nak layan bola je.
adik-adik dengan abah nak tengok bola. aku nak tengok mania. tapi aku jugak yang menang.

ahad tu dah nak siap balik putrajaya.
pergi kenduri dulu. then singgah karak ada hal.
masa ontheway nak ke karak tu dia call aku *harap faham siapa dia tu ye. malas nak sebut nama*
tapi aku tak angkat. malas kot dalam kereta nak bercakap dalam fon.
lepas tu henfon ibu berbunyi. amboi tak dapat call aku, dia call ibu ye.
ingatkan apa. cuma nak bagitau dia ada kat belakang kereta kami je.
ciskek. ingat nak bagi hadiah ke, duit ke. mau la jugak aku.
then bila abah parking kereta, dia pun parking sama.
aku nampak je dia salam dengan ibu and abah. tapi aku buat-buat tengok henfon.
dia datang kat aku.

dia : amboi, main henfon je. ada pakwe baru ke? *sambil pandang ibu*
aku : a'ah.
dia : jum lah minum.
aku : takpelah.
dia : *bla bla bla ape entah dia cakap aku dah lupa*
aku : yeke 

ok motifnya adalah aku nak bagitau!!!!
aku dah janggal dengan dia. aku dah berubah. aku dah jadi pendiam. aku dah tak tau nak borak apa.
hati aku bergetar. hati aku berdebar. hati aku sakit bila terjumpa dia. dan aku taknak jumpa dia dah.
fullstop bebeh!! fullstop. 
over kan aku. kahkahkah. lantak. 

ok lah.
tiba-tiba mood hilang terus.

bye sayangs.

sekian

No comments: