Apr 6, 2012

Kerana impianku sama kah macam impianmu? cekidaut bebeh.

teringin la nak ada wishlist macam sesetengah orang buat tu.
so meh aku nak senaraikan wishlist aku.


1. aku nak pakai braces/pendakap gigi. kenapa aku nak pakai? sebab aku rasa gigi aku jarang. nak makan coki-coki tak boleh. ok sebenarnya tak buat pun takpe. bersyukur dengan apa yang ada. kak nora kata sakit. tqah kata sakit. so, untuk makhluk yang tak tahan sakit ni, mungkin kena pertimbangkan. dah kata wishlist kan? 


2. memancing. huargggh takde ke member yang nak ajak aku pergi memancing pakwe ikan. udang aku tak mau kay sebab aku tak makan udang. kalau ikan tu aku makan la jugak. ikot abah? takde maknanya. dia takkan bagi. bila dia nak pergi memancing/menjala ikan kat sungai, jangan harap dia nak bagi aku ikot. heh!


3. memasak. ok don't get me wrong. aku memang selalu masak lalalala tak caya tanya adik-adik aku. kat karak? memasak tu normal. ala setakat ayam/daging masak kicap tu tutup mata pun aku boleh la. ok riak. maksud memasak aku ni adalah macam contoh aku masak nasi ayam ke, nasi beriani ke, nasi tomato ke complete dengan lauk pauk ha amik kau untuk di makan oleh orang ramai. phewww. mau bersilat aku kat dapur.


4. pergi karaoke sensorang. bukan karaoke dalam bilik tidur dan bukan juga dalam jamban kay. maknanya karaoke kat pusat karaoke tapi sensorang. supaya lepas aku, aku dan aku tak payah tunggu turn. but too bad, nanti rasa loser pulak bila karaoke sensorang mesti adik kaunter ingat aku #foreveralone kan. kalau tengok wayang tu memang ada 2,3 kali juga la. jiwa kacau beb jiwa kacau. kahkahkah.


5. jumpa adiputra dan remy ishak. noktah.


6. masuk pertandingan nyanyian kahkahkahkah aku gelak dulu. mungkin vokal bukan sekadar rupa. ala maksud aku bukan pertandingan nyanyian yang besar-besar. aku nak masuk pertandingan nyanyian yang kat pasaraya tu je. kot kot dapat hadiah setahun stok tempe ke.


7. dalam sebulan takde sehari pun punch card aku merah. macam mula-mula aku masuk kerja. dulu nerd je. datang mesti awal. sekarang ni apa sudah jadi, reena?


8. tak guna perkataan "oh shit" lagi. jahat oh mulut ni. tak senonoh ok. semalam aku kejar lif dan lif tu macam nak himpit aku aku boleh kata oh shit oh shit dahlah dalam tu ada bos-bos *berdasarkan tie dan coat* yang di pakai. semua pandang aku pelik. malu seh. ya Allah ampunilah dosaku.


9. nak potong pendek rambut aku. sebab rambut adalah panjang paras pinggang dah. pakai tudung rimas rambut panjang. tapi nanti nak kawen kena simpan rambut panjang barulah abang sayang boleh belai rambutku kahkahkah macam harem je kan. oppsss kata taknak mencarut dah kan.


10. ada anak angkat. 


see.
itulah wishlist aku kan.
simple simple je kan.
tapi part anak angkat tu macam well payah la.
insyaAllah, ada rezeki aku nak pergi ambil sorang.
semestinya lelaki.
nanti senang aku hantar dia pi main bola jadi macam safee sali tapi bukan bercerai macam dia.


ok lah.


nak pergi toilet sat pekehalnya itupun nak cakap.
dah terlebih gula ni.


ok bye sayangs.


sekian

No comments: