Apr 16, 2012

Kerana tercerita pasal raya pulak dah

Salam.


entah.
pagi ni aku asyik nak tersengih sensorang. entah apa yang mencuit hati dan perasaanku tika begini tercari cari sebuah cinta hilang. haa sudahhh. menyanyi meraban pulak dah. ok ok ok *stail johan tiru abang mus may*
mungkin lah ada yang buatkan aku jadi hepy dan tak sabar. adalah. rahsiaaaaa *berbisik*
tapi yang sebenarnya aku tak tahu pun apakemendanya. 
mungkinlah pepagi lagi aku berjumpa/ditegur mereka yang ceria dan positif. so mood positif pun sudah mariiii.


raya lambat lagi kot tapi aku dah berangan-angan nak deko rumah stail apa.
kahkahkah. sibuk bincang dengan adik-adik.
yelah. raya kan setahun sekali. padahal puasa pun belum lagi. biasalah aku kalau tiba eksaitednya
memang advance. cer kalau malas, takde maknanya.
kalau malas, ah nantilah, esok lah, ala malam kang lah. sudahnya, memang tak berbuat.
time raya rumah aku memang ramai yang datang *ceiiii bajet diva kan*
kengkawan adik-adik aku yang ramai. lepas beliau beliau lepas beliau beliau.
bebudak kecik lagi ramai.
entah apa entah yang best raya rumah aku.
nak kata aku bagi duit raya banyak sangat tu tak pun. mungkinlah ada aku yang comel lagi cute ni kot.
kahkahkahkah.
ada sekali tu dalam pukul 3 bebudak datang beraya. padahal diorang dah datang pagi tu.
cuma aku tengok diorang bawa lagi geng dari mana entah.
aku dan adik-adik yang dah sememangnya penat ni duduk je diam dalam rumah.
budak tu asyiklah "kami datang nak beraya. kami datang nak beraya"
tapi kami duduk je diam dalam rumah. hahaha.
lepas tu diorang pun pergi. kesian lah pulak rasanya. lepas tu kitorang kena marah dengan abah. haha


ok dah merapu pasal raya pulak dah kan.


nak cakap. tema raya aku tahun ni biru gelap.
sebab efek kurus kan.
ni terpengaruh dengan kawan aku la ni.
farah raihana.
dia punya tema kawen biru gelap.
tapi aku bukan nak overshadow dia pun.
dah terminat nak buat macamana kan.
susah oooo aku nak minat warna lain. 
tapi aku ni bukannya betol sangat pun. last minit pun aku boleh berubah fikiran.


ok la.
jaga kaunter ni. si din entah pergi mana.
aku sensorang. bos dok lalu lalang.


ok bye sayangs.


sekian

No comments: