Apr 25, 2012

Kerana budak tu panggil aku makcik????

Salam.


Alhamdulillah. kenyang perut baru boleh tulis blog.
kalau tak tu, asyik lah kata "lapar la kak, lapar la kak"
kak nora pun menyampah agaknya dengar aku merengek lapar.
lempang nak?


ni nak story sikit ni.
semalam masa balik kerja, aku macam biasalah jalan catwalk macam kan penat sangat kan.
macam penat kerja buruh binaan je.
so, nak ke rumah aku tu, ada tangga.
dari jauh aku dah nampak dah bebudak sekolah yang masih lengkap berpakaian sekolah
sedang melepak duduk di tangga. lelaki dan perempuan.
then bila aku nak turun, aku terpandang one of them pegang text book form1.
aku macam oh baru form 1.
yang aku bengkek dalam hati, diorang tu menghalang jalan.
tak tau ke diva nak lalu ni. hakhakhakhaktuii.


then salah seorang budak lelaki tu kata kat member dia
"weh tepi, ada orang nak lalu"
aku pun lalu la kan.
nasib baik bagi laluan. kalau tak, aku rempuh je. cewah, tipu. aku tak berani la pulak
nak rempuh anak orang. kang patah siapa nak jawab.
then bila aku dah sampai tangga terakhir kau tau budak lelaki tu kata apa???
"sori ye makcik, kawan saya memang biadap sikit halang laluan orang"
apa????????????????????????
makcik??????????????????
*petir kilat sabung menyabung*


dari nak senyum sebab dia mintak maaf terus aku tak jadi senyum.
kahkahkahkah.
gila sentap kot panggil aku makcik.
kalau kakak tu ok la kan dah memang layak di panggil kakak.


then masa nak ke pasar malam tu, aku mengadulah kat sha.
lepas tu sibuk cakap kat sha
"i ni ada gaya budak sekolah lagi tak?"
kahkahkah.
lepas tu sha pandang aku 
"gaya la, yang. memang u gaya budak sekolah lagi"
ok ni nak ambil hati ke apa ni. hahaha.
"mesti form 6 kan, yang"


melampau umur tua ada hati nak gaya budak sekolah lagi.


aku tak tau lah perempuan lain.
tapi kalau aku, isu kakak or makcik ni boleh buat hati aku sentap tau.
kahkahkahkah.


sekian


3 comments:

Nijiera said...

Salam Cik ReeNa.... mmm.. Iera rase kan kebanyakan perempuan sensitif, termasuklah Iera sendiri :D ... tapi sensitif ni sub topik die... kalau boleh, Cik ReeNa baca la entry Iera n komen sikit sebab Iera amat memerlukannya... nijieraspalace.blogspot.com

Nijiera said...

*banyak

kakchik@ella said...

Dulu kwn KC pun pernah berpengalaman camni. Bila tetiba budak sekolah panggil dia makcik .. Adoiii .. dia sentap sekejap. Hehe.