Apr 24, 2012

Kerana tanda-tanda anda jatuh cinta, puisi cinta di kala aku moody. huh.

Salam.


hari ni rasa nak moody je.
tapi bila nak moody je, si choi call.
memang choi. saja je tak bagi aku moody.
dah tak pasal-pasal macam nak bergaduh je.
grrrrrrrrrrrrrrr.


macam tadi, borak pasal kasut.
bla bla bla.
lepas tu dia suruh aku call zalora (kasut online) tu.
suruh tanya kalau tersalah saiz macamana semua tu.
aku macam, eh, call la sendiri. dah kata takde mood kan.
dia kata dia tak reti nak cakap semua tu.
fine, tuhan bagi mulut suruh simpan je mulut tu kan, grrrrrr lagi.


lepas tu nak bagi aku 5 minit je untuk tanya semua tu.
fine, aku tau dia bergurau. tapi aku kan moody. heh!!!
lepas tu tanya aku macam-macam, macamkan polis.
aku pulak jenis malas menjawab. aku kan moody.


tapi tu lah. kejap je marahnya.
sebab aku kan mudah sejuk. dia pulak pandai pujuk.
pandailah sangatttttt.
heh! aku kan moody.
terus aku suruh dia belanja kasut kat zalora 2 pasang.
dia suruh pilih mana yang aku nak.
terus aku sayang dia banyak-banyak. heh.
eh tapi tak cakap pun kat dia aku sayang dia. simpan dalam hati.
sebab aku kan moody.


ni aku jumpa puisi kahlil gibran.
nah baca. hilangkan moody tu *kau je yang moody, reena*





Puisi Cinta Kahlil Gibran

Cinta yang agung
Adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan masih peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH
menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata ‘Aku
turut berbahagia untukmu’
Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus
berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang
itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita
menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.
Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas lagi ..
Ingatlah…bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati
bersamanya…



ni pulak tanda-tanda kau dah jatuh cinta.


9 tanda jatuh cinta

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.


heh! tiba-tiba nak berjiwang segala.
lepas moody, jiwang.
lepas jiwang, moody semula.

tapi sebab dia je kawan aku yang boleh layan kerenah aku.
maka aku tak boleh nak moody dengan dia.
nanti siapa nak share topup dengan aku bila aku malas nak beli topup.
eh tetapi bukan malas nak beli, tapi sebab aku memang suka mintak topup kat dia.
eh tetapi bila aku ada topup, aku share pulak dengan dia.
eh pernah ke. muahahhaaha.

ok lah. nanti aku merepek lagi.
bye sayangs.
sekian


No comments: