Apr 23, 2012

Kerana aku belajar. belajar untuk pengajaran diri sendiri

salam.


aku belajar bahawa, bila aku jatuh cinta ianya terpamer di wajah dan perbuatanku.


aku belajar bahawa, bila seseorang mengatakan " hey reena, awak menceriakan hari saya", ianya juga menceriakan hari aku dengan kata-kata itu.


aku belajar bahawa, menjadi seorang yang baik adalah lebih penting daripada menjadi seorang yang sentiasa mahu betul sepanjang masa.


aku belajar bahawa, jangan berkata tidak kepada pemberian kanak-kanak.


aku belajar bahawa, aku boleh selalu mendoakan seseorang, bilamana aku tidak mampu untuk menolongnya dari segi lain.


aku belajar bahawa, tidak kiralah seserius mana pun hidupku, aku masih memerlukan masa gila-gilaku.


aku belajar bahawa, kadang-kadang aku cuma memerlukan tangan untuk di paut dan secebis hati untuk memahamiku.


aku belajar bahawa, sekecil mana pun pengalaman yang aku kutip dari seharian aku, ianya sangat aku hargai dan takkan boleh dibeli di mana-mana.


aku belajar bahawa, disebalik kerasnya hati seseorang, dia tetap mahu dihargi dan disayangi.


aku belajar bahawa, ciuman di pipi ibu dan abah, menambah rasa hormat dan sayangku terhadap mereka.


aku belajar bahawa, aku tidak boleh melupakan kenangan dulu. maka aku simpan untuk dijadikan cerita hati sehingga ke akhir hayatku.


aku belajar bahawa, tidak semua simpati dengan masalah yang menimpa kita.


aku belajar bahawa, berdiam diri adalah penyelesaian terbaik untuk pertelingkahan yang berlaku.


aku belajar bahawa, tidak mengapa untuk beralah supaya hati jadi lebih tenang.


aku belajar bahawa, hidup bukan seperti drama. 


aku belajar bahawa, bukan mudah untuk aku jatuh cinta.


aku belajar bahawa, bila seseorang mengata buruk tentang diriku, tapi aku tidak pernah menyentuh hal hidupnya, ini bermakna kehidupan aku lebih indah darinya.

No comments: