Apr 23, 2012

Kerana mania, nanban, baju raya tak siap lagi *grrrr* dan OT

Salam.


ada banyak aku nak merepek hari ni sebenarnya.
siapa tengok Mania? ok fine aku sorang je ke yang tengok.
tapi takde lah tengok sangat. sebab yelah, aku je yang minat. yang lain lagi suka bola dan drama.
makanya, proses tukar channel bermula. lepas tu aku sentap. hohoho.


Akim - ok, ni memang favret aku. pasal apa entah aku suka dia. dari AF lagi aku suka dia. mungkin sebab dia kalau menyanyi memang menusuk jiwa. kahkahkah. entahlah, bagi je la lagu apa pun memang sedap. ok bak kata Encik Shukor kat aku "kalau dah suka, semua nampak elok" hehehe. tapi kenapa dia terkeluar? aku macam whatthehell? terus rasa taknak tengok dah.


Aril - ok next


Hafiz - next next


Atilia - nasib baik dah terkeluar. tak suka. next


Estranged - ok next next next


Kristal - ok yang ni aku suka. aku memang layan kristal you know. hekhekhek. aku harap, kristal menang. hekhekhekhek. akim dah takde, maka aku sokong kristal je la.


shila amzah, jac yang lain-lain bla bla bla- next next next. tak suka.


ebi - ok malas nak komen. aku tak faham kenapa perlunya ada dia.


filem NANBAN.
filem tamil.
filem 3 idiots versi tamil. aku tak tengok 3 idiots. aku terus lompat ke Nanban.
ok filem dia memang best.
kelakar, sedih, cinta, semua cukup.
jadi aku syorkan korang beli lah di astro first.
takpe, beli senyap-senyap, nanti masuk bil ibu bayar.
hehehehe.


ok lagi apa ya.
oh ada satu ni ha. baju raya yang aku hantar tahun lepas masih lagi tak siap.
aku dah tak tau dah nak menangis ke nak gelak.


ok petang ni aku OT.
ada kerja urgent kena buat.
tadi bos aku, encik shukor (E.S) datang kat aku


E.S : Reena awak boleh buat OT tak petang ni?
aku : hmmmm *sedang memikir. sebenarnya memikir cerita cina yang aku bakal miss kalau OT*
E.S : ok saya taknak dengar sebarang alasan. awak kena juga buat OT
aku : jap, jap. saya nak dating dengan skandal nombor dua, tiga. hehehhehe.


dia tanya aku boleh ke tak tapi dia yang buat keputusan untuk aku.
memang rock la bos aku ni. heheheh.
tapi sebab dia baik, peramah dan aku boleh bergurau lawak bodoh dengan dia,
maka aku tak kisah pun.


so abang, please jaga anak kita eh.
sayang mencari rezeki untuk masa depan kita. kahkahkahkahakktuiii.


ok la.
bye.


sekian

3 comments:

Suara Kalbu said...

Hahahahaha..dari dulu akak memang layan citer Tamil tau. Bila cakap kat kawan opis, semua mcm pelik apasal layan citer Tamil.

Susah nak cakap. Citer diorang ni sometimes tu lebih real dari Hindustan kan ?

So malam ni boleh la akak sedekah duit akak yang menimbun-nimbun ni kat Astro First.

Maklumlah motip utama diorang cari income lebih, so semua movie best dah transfer kat channel berbayar.

Channel sedia ada duk ulang tayang citer yg sama bertahun-tahun sampai dah hafal skrip hahahaha

Reena Kamarudin said...

hahaha. tahu takpe kak.
silalah beli nanban. akak takkan menyesal.
memang betol, filem tamil lagi bermotif dan real. that's why reena suka.

AmoyCincai said...

3 idiot pun best..hehehe...