Apr 19, 2012

Kerana adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa

adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa.
adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata.
syukur kiranya ada yang menyakitimu.
kerana dia mengajarmu erti tabah.
syukur kiranya ada yang tidak mempedulikanmu.
 kerana dia mengajarmu erti berdikari.
syukur kiranya ada yang menyeksamu.
kerana dia mengajarmu erti kesabaran dan ketabahan.


ewah ewah.
bermadah pujangga je kerja kau ni ye reena.
hikhikhikhik.
dah duduk kaunter.
takde menda nak buat.

aku bukan apa.
lately banyak sangat terbaca luahan hati perasaan kengkawan putus cinta lah.
bergaduh lah.
tak dihargai lah.
kesian.
sebab aku pernah lalui semua itu. ofkos aku tahu sakit tu macamana.
tapi tak payah la kot nak meratapi segala. takde pekdah bak kata abah.
abah kata "bodoh menangis sebab lelaki"
dan aku ingat pesanan itu. gila tak ingat? sentap menikam jiwa ahkak ni ha.
masa tu rasa eh nak terus nangis ke atau nak berhenti ni. kahkahkah.


bukan tak boleh nak merasa sedih putus cinta.
boleh. siapa kata tak boleh. ewah pepandai je aku kan.
sebab perempuan ni hatinya lembut. 
macam aku ni ha. sikit sikit menangis.
itu menangis. hey, rimas tau tak dengan diri sendiri.


tetapkan satu ketika kau nak menangis gila-gila.
seharian kau nak menangis pun takpe.
tapi lepas tu JANGAN menangis dah.
ye, aku tau bukan senang.
tapi cubalah ye, sayang *sambil usap-usap belakang kau*


jangan nak tunjuk lemah depan si dia yang telah merobek hati kau.
show him that you are more stronger without him.
ingat.
musuh akan sengsara bila kita bahagia.
dia akan sakit hati bila orang yang dia lukakan
rupa-rupanya boleh bahagia tanpa dia.
eleh, kau ingat kau siapa nak senang-senang buat aku derita.
betol tak.

ye.
aku ni bukan hebat pun nak bagi nasihat.
tapi aku menaip apa yang aku pernah alami.


kan ke aku dah ambil keputusan nak hepy hari ini.
so aku tak mau kengkawan aku juga bersedih.
kita chill ok.
muhasabah diri.
sematkan dalam jiwa.
i deserve someone much better than him.


eiii.
tergeli pulak bagi nasihat kat orang.
hekhekhekhek.


ok sayangs.


sekian

2 comments:

AmoyCincai said...

macam amoy pernah tgok ayat 2..tp lupa kat mana..hehe

Harga Trica Jus said...

nice mba....