Apr 19, 2012

Kerana hari ini aku memilih untuk bahagia dan gembira

Salam.


korang sehat?
dah makan?
buat apa tu? kerja? rajinnya :)


hikhikhik *gelak manja*
sebenarnya aku kesejukkan. serius sejuk opis aku ni.
entah berapa darjah celcius la aircond ni ha.
kalau dapat comforter ni best ni. boleh tidur berjemaah dengan kengkawan opis.
hikhikhik *gelak manja lagi*
eh tapi aku bukan memain kata opis aku sejok kay.
memang sejok gila.
kau bayangkan, milo panas aku, tak sampai 2 jam dah jadi milo sejuk.
tangan boleh kejung kay. aduhai.


hari ni kan, aku kan, kan kan kan
memilih untuk ceria dan gembira.
hikhikhik *gelak manja lagi. ok sekali lagi aku gelak manja, korang boleh lempang*
sebab apa aku memilih untuk ceria dan gembira?
sebab aduihai, aku dah taknak menyeksa batinku *errr,lain macam je* dengan hal-hal yang tak
semenggah. masalah??? persetankan!!!


sebenarnya, pilihan untuk perasaan nak gembira ke nak bersedih ke nak meroyan ke
adalah terletak pada kita sendiri.
of course la yang ada masalah tu akan sedih, meroyan, kan?
tapi kita boleh memilih untuk tidak memikir sangat semua itu.
tidakkah hidup ini terlalu singkat untuk bersedih?
ecewah nasihat orang pandai kau ye reena?
hikhikhik *ok sila lah lempang. lempang la lempang* *sambil hulur pipi*


betol. manusia ni sehari memang takkan lari dari masalah.
tapi sampai bila nak berduka lara. berlara-lara?
chill sikit. tarik nafas. senyum sendirian.
dan kata pada diri sendiri
"aku terlalu cantik untuk buat muka masam mulut muncung"


tiba saat dan ketika aku nak ikot apa saja yang terlintas dalam kepala aku.
asalkan tak memudaratkan diri sendiri.
ala, masalah takkan hilang. sentiasa ada.
jadi, kita ada akal kan.
pandai-pandailah kawal.


ingat ni;


Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira.


harta yang paling menguntungkan adalah SABAR. sebab dengan sabar, kita boleh kawal kemarahan.
dan membuatkan kita bijak.


wah.
aku ni suka benar dengan mutiara kata.
takpelah. atleast manfaat bersama.
kan?


sekarang ni dah tak boleh nak update status sangat kat fb.
sebab Amir *rakan seopis* suka lah sangat stalk fb aku *mata ke atas*
kehkehkeh.
lepas tu dia akan datang kat aku dan cakap semula apa aku tulis tu.
hey, tak kuasa mak.
dia kan guna BB.
so dia kata, nama aku je penuh kat BB dia.
eh yeke? entah. acik tak guna BB.
acik guna BB cream je.


bye sayangs.


sekian.

4 comments:

AmoyCincai said...

"Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira"

setuju,~

Reena Kamarudin said...

:)

suebee said...

jenjalan sambil bawa BB..(thg frust pasal kek tak menjadi)

Reena Kamarudin said...

suebee:
wah buat kek? bestnya.
huhuhu