Apr 6, 2012

Kerana kenanganku di Kampung Gali Hilir Raub Pahang

Salam.
lately memang takde yang menarik pun dalam hidup aku.
selama ni macam menarik pun kan?
eh ada je. cuma tu kan privasi aku. takkan nak cerita aku sekarang sedang dating 
dengan this one guy lalalalalalalalalalala

yang mana boleh simpan, kita simpan la kan.
takkan nak jaja semua. i bukan artis kay. kalau artis boleh juga
create story hot hot then hantar ke blog gosip then pura-pura marah dan bengang.
duh, takde kerja la nak buat macam tu :)
aku hidup penuh dengan sifat low profile walau ada kata aku ni
attention seeker. oh really? memang pun. siapa yang tak suka perhatian kan.
ke ada yang tak suka? takpe, takde masalah. setiap orang berbeza khennnn.

adik aku, si farah tu dulu semalam ada masukkan pic menggamit memori.
meh tengok apadia.



tak sangka kan.
ada lagi kot bas ni. dulu masa kecik selalu naik kalau balik rumah nenek
di raub. rindunya kenangan di kampung. rindu sangat-sangat :)

kampung aku terletak di Kampung Gali Hilir Raub. ya, nama kampung pun dah kelaka kan.
eh tetapi kat pahang ni memang banyak kan nama kampung yang kelakar. kat Raub pun kalau tak silap pun banyak. Kampung Sungai Pasu, Kampung Tanah Bercangkul 
aku macam what? tanah bercangkul?
tapi tak kesah la. itu unik kan.
rumah nenek bertanggakan batu, berwarna merah.
besar. dan bila malam menakutkan. hahaha.
aku ni apa je yang tak takut. paling takut bila malam-malam sakit perut.
sebab toilet adalah di luar. hoi, menakutkan. aku selalu bayangkan ada ponti bertenggek
atas kepala aku. kalau rasa nak ter-berry, 
mesti arwah nenek atau arwah atuk yang akan temankan.
dah tu, tengah-tengah membuang tu, asyiklah aku panggil "nenek, nenek" "atuk,atuk"
sebab nak make sure dorang ada tunggu aku ke tak. gila naif masa kecil.

nenek seorang yang pembersih.
kalau dia menyapu rumah, memang sikit habuk pun takde.
rumah dia sangat kemas dan wangi. dan nenek sangat rajin ok.
paling aku ingat, arwah atuk pergi pekan rabu di Dong, Raub.
atuk belikan kain pasang untuk kami bertiga (aku, abang aku dan Farah)
yang kelakarnya, kain pasang tu warna kuning, jenis cotton dan keras.
so, nenek jahit baju kurung untuk aku dan farah, manakala baju melayu untuk abang.
nenek juga mengambil upah menjahit baju kurung dari penduduk kampung.
bila bulan puasa memang nenek sibuklah jahit baju.
baju raya kami pun nenek jahit sekali.


gila kelaka ok. tapi masa tu kenapa eh, happy sangat dapat baju sama. baju baru.
cer sekarang ni kalau sama baju? mana maunya.
tetiap pagi celik mata, sarapan dah siap atas meja di dapor sekali dengan air kopi.
nasi lemak 50sen alahai cinonit je tau.
tapi kenapa eh masa tu kenyang je. hahahha. 
dah siap makan mandi semua, mula lah aktiviti bermain dengan bebudak kampung.
sampai sekarang pun kami adik beradik masih berkawan dengan bebudak kampung tu.

tengah hari pulak kena tolong nenek masak.
aku la tu yang kena.
aku masih ingat lagi ayat nenek
"Ina dah gedang. kena pandai masak"
oh ok gedang itu bermaksud dewasa/besar.
dan di kampung aku di panggil Ina. huhuhuhu gila aku tak suka dipanggil ina sebab
nampak macam nama tu ayu sangat padahal aku?
so tugas aku bila tolong nenek adalah menumbuk cili. satu tugas yang aku paling tak suka.
sebab nanti habis tangan aku pedas kena cili. *sampai sekarang pun aku tak suka*
tapi nak mengelakkan mata terkena cili kena pakai perisai.
iaitu pinggan dipegang dengan tangan kiri sambil tutup muka dan tangan kanan menumbuk cili.

those memories that will never fade away kan.
banyak lagi kenangan yang nak diceritakan ini.
bersambung la ye. nanti.

bye sayangs. 

sekian

No comments: