Mar 29, 2012

Kerana setiap lagu ada jalan ceritanya.


Salam.



siapa yang ada lagu kenangan?
or lagu yang mengingatkan kita pada seseorang.
atau lagu yang mengingatkan kita pada sesuatu kejadian.
siapa?
siapa yang pernah dengar lagu then terus berkata dalam hati
"eh, lagu aku dan dia lah"
"eh, dengar lagu ni ingat kali pertama ahmad ngorat aku"
"cis, malas aku nak dengar lagu ni. teringat kat Meon. bencik aku"

pernah? pernah? pernah?

betol lah kata pic kat atas tu.
ekceli, kengkadang bukan lagu tu yang sayu, bukan lagu tu yang sedap didengar.
terkadang sebab lagu tu mengingatkan kita pada seseorang.
pada kenangan kita bersamanya.

macam aku dan family.
kami tak boleh dengar lagu ala yang kristal nyanyi tu.
yang penyanyi asal dia paklong tu.
apa ke tajuknya.
lirik dia "selagi ada bulan mentari....
"oh kasih..."
tajuk dia SELAGI ADA ke? ok aku betol-betol lupa.

sebab lagu tu arwah abang aku nyanyi depan rumah seminggu sebelum dia pergi.
dia petik gitar dan menyanyi.
masa tu takde siapa pun tau dia akan pergi. ofkos la kan. hanya ALLAH je yang tau.
kalau kami tau, sah-sah ibu habis airmata menangis.

arwah memang suka menyanyi pun.
kalau tengah mandi tu, kau boleh terjaga dari tidur sebab dia menyanyi sangat kuat okay.
lagu kegemaran dia bila karoke "cinta kristal" that's why aku memang tak boleh dengar lagu tu
masa mula-mula dia pergi.
sekarang ni je aku boleh dengar. itupun lepas tengok filem hantu kak limah tu.

hmmm.
lagu sebenarnya perencah hidup.
ada yang suka dengar.
ada yang tak.
terpulang. jangan sampai lalai sudah. 

apa lagu anda?

bye sayangs.

sekian

No comments: