Mar 28, 2012

Kerana aku yang tak tahu sekarang dah tahu. kau pulak, tahu ke?

Salam.
malam tadi aku surf tenet dan aku jumpa beberapa fakta yang aku tak tau selama ini.
mungkin ada yang korang dah tau tapi aku tak tau. tskkk tskkk.
meh aku nak share apa yang aku tak tau selama ini tapi dah tau sejak baca fakta ini.




1.




percaya tak korang yang negara Belanda (Netherlands) dan Belgium hanya dipisahkan oleh kafe kecil ini saja? korang nampak tak tanda tambah tu (bukan salib). itulah line pemisah antara Belanda dan Belgium. wow. kagum aku. kafe ini terletak di bandar Baarle-Nassau di Belanda. sesiapa yang lepak sini boleh pergi Belgium sekelip mata. contohnya aku di Belanda.
"Reena, kau kat mana?"
"aku kat kafe di Baarle-Nassau"
then 2 minit member aku call aku lagi.
"kau kat mana ni Reena?"
"aku kat Belgium"
terus rasa diri hebat. ok, sudahlah Reena. Kelantan pun kau tak pernah pergi lagi.




2. 




vah vah vah. sangat awesome statue ni. gambaran seorang ibu sedang menghayun anaknya untuk dicampak. kreatif kan? ianya terletak di Salt Lake City, Utah. tempat aku main guli dulu-dulu. 


3. 


selama ini aku ingat Iceland tu penuh dengan Ice manakala Greenland tu sangat lah menghijau. rupa-rupanya terbalik. can you spot the difference? Iceland yang menghijau. Greenland yang berais. hmmm confuse ni.


4. 


cool kan pic ni? gambar ini di ambil oleh krew Columbia pada misi terakhir mereka. gambar ini merupakan gambar Eropah dan Afrika. separuh siang. separuh malam. korang nampak tak dot dot lampu tu? amazing kan? malam itu adalah untuk tempat seperti Belanda, Paris dan Barcelona. manakala siang pula adalah di Dublin, London, Lisbon dan Madrid. Laut Mediterranean masih lagi bergelap. Indahnya ciptaan Allah :)


5. 


wah. siapa berani drive kat jambatan ni? kalau aku? errr agak seram disitu. tetiba takde dah jambatannya terus terjunam ke bawah ok imaginasi terlalu jauh maafkan aku.
Jambatan ini bernama The Millau Viaduct di selatan Peghancis (Perancis).

ok itu saja untuk pagi ini.
aku akan cuba cari lagi fakta-fakta menarik.
lagi baik kan dari up entry meroyan reject lelaki padahal semua itu tak perlu.
ok, aku mengaku aku attention seeker. nak memanja dengan korang je :(

ok bye sayangs.

sekian

No comments: