Mar 7, 2012

Kerana bukan kita saja yang selalu ditimpa musibah. ada yang lagi teruk :(

Hati perlu dipujuk.
dikala ia kecewa.
dengan kalimah Allah.


Perasaan harus dikawal.
dikala ia bergolak.
dengan Kitab Allah- Al-Quran


ya.
sebagai manusia kita semua tak lari dari perasaan
marah.
kecewa.
moody.
sedih.


cuma satu.
ingat Allah kan ada :)


kalau kita tak lupa DIA (solat,mengaji dan meninggalkan larangan-NYA)
DIA takkan lupa kita.


bila hati tak tenang.
cuba muhasabah diri.
kenapa aku begini?
mungkin kita terkurang dalam mengingati-NYA.


ohya.
tak perlu lah kita mengeluh tentang kehidupan kita.
itu tak cukup.
ini tak cukup.
cinta tak dibalas.
kasih tak disambut.


fikir kanak-kanak di negara bergolak.
yang mana mak ayah nya dibunuh didepan mata.
ketakutan menyelubungi diri setiap hari.


kanak-kanak palestin.
remaja palestin.
aku yakin, seyakinnya pasti.
jika ada permintaan dikalangan mereka.
mereka mahu walau sejam dapat tidur dengan aman.
walau sejam makan dengan tenteram.
walau sejam bermain di taman permainan.
walau sejam menikmati udara segar di pagi hari.
walau sejam.







berhenti mengeluh.
berhenti merasakan yang kita selalu ditimpa malang.
berhenti mencemuh makanan.
berhenti mengatakan bosan dengan nasi *aku letew :(
berhenti membazir.
kerana kanak-kanak afrika.
mereka sanggup kutip walau sisa basi.
mereka sanggu telan walau airnya tercemar.
demi perut diisi.
demi untuk teruskan sisa nafas di bumi ini.











kanak-kanak palestin.
remaja palestin.
aku pasti.
setiap kali sebelum tidur mereka tak fikir nak jumpa kekasih keesokkan harinya.
mereka tak fikir untuk bermain dengan kawan keesokkan celik matanya.
aku pasti.
yang mereka fikir.
supaya mereka masih bernafas bila matahari terbit esok harinya :(


cuba selami.
cuba hayati.
cuba muhasabah diri.


sekian


*pic googled

7 comments:

kakchik@ella said...

Insaf tgk gmbr2 tu.

eLLa n aLia said...

mungkin mereka terlalu kuat sehinggakan ujian yang diberikan terlalu berat kita memandang.. kita boleh berdoa untuk mereka.. ujian kita pula disini.. kuatkan diri :)

Azlan Strider said...

setiap kali tengok gambar tu mesti rasa betapa bersyukurnya hidup kat Malaysia nie..

Regards,
-Strider-

Syafrin Hamzah @ Ayen said...

well said.. bersyukurlah.. Alhamdulillah

Uncle Jonni said...

x sampai hati melihat...

H Y D E said...

sedihnya, terlihatkan gambar-gambar. rasa insaf timbul dalam diri. sesungguhnya, kita harus bersyukur punya keamanan dan kebebasan.

Reena Kamarudin said...

ye. sesungguhnya kita wajib bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.