Mar 27, 2012

Kerana entri ni entri euwww euwww. siapa nak keji aku, sila baca :)

ok. entri ni macam euwww euwww sikit. kindly leave this entry kalau korang taknak muntah euww euww kay.

macamana entah nak taip ni supaya dia faham.
*harap kau bacalah blog aku ni. aku tau kau baca sebab setiap kali kau baca, kau mesti ulas apa yang kau baca di inbox fb aku*

kepada yang berkenaan. 
macam ni. aku bukan ego. bukan juga sombong. bukan juga memilih apatah lagi perasan cantik.
sebab aku sedar diri aku macamana.
and yes. aku hargai setiap lagu yang kau post di inbox fb aku.
aku hargai setiap apa yang kau ulas pasal status aku.
kalau aku post status sedih, kau akan komen di inbox fb kata "don't be sad"
dan ohmy sangat scary bila kau tau setiap status aku dan kau tau bila masa aku remove status tu.
kau boleh buat summary lagi pada setiap status aku sepanjang hari. ohmy gosh. ni boleh di panggil stalker ke apa ni?
bila kawan lelaki aku buat lawak bengong sikit dengan  aku dalam setiap komen di status aku,
kau akan komen di inbox fb kata kawan aku tu bengong dan bla bla bla. percayalah, aku menyenangi setiap komen, setiap gurauan kengkawan aku. sebab mereka kawan aku. dan kau takde hak nak kata mereka bengong ke apa.
and serius kau tulis loghat ganu? serius? kenapa kena tambah G di setiap ayat seperti makan etc. kalau berborak aku boleh terima, tapi dalam setiap mesej inbox kau tambah G?
serius aku tak faham apa kau tulis di inbox berkenaan merancang, mem-plan,
mengatur langkah whatsoever. aku nak tanya, kau nak mengorat aku ke?
kau sedang mengayat aku ke?
kalau begitu, cara kau silap. aku tak faham bahasa kiasan.
aku jenis manusia yang straight to the point.
aku juga suka lelaki begitu. suka kata suka. tak suka kata tak suka.
and yes, aku juga manusia yang berterus terang.
lemme tell you something.
kalau kau nak cari pasangan hidup, aku bukan orangnya.
sebab aku belum bersedia untuk bercinta. aku belum bersedia untuk memasuki alam percintaan.*ok aku geli aku taip macam ni*

dan kalau ayat-ayat kau tu sekadar ayat, oh maafkan aku.
maknanya aku syok sendiri. dan aku patut heret muka aku atas jalan tar sebab malu.
betol, aku suka lelaki romantik. aku suka lelaki berusaha sesuatu untuk memenangi hati.
tapi bukan bermakna setiap detik lelaki itu harus post lagu jiwang di inbox aku.
aku suka lelaki yang spontan. bukan lelaki yang buat ayat tergantung yang buat aku tak faham.

aku percaya kau lelaki baik.
aku percaya aku bukan untuk kau.

maafkan aku.
maafkan aku atas tulisan ku ini.
aku bukan berlagak dengan menaip entri ni.
aku bukan nak buktikan yang aku ni hebat sangat.
tak. bukan itu maksud aku.
maafkan aku jika benar kau "ada hati" pada aku.
ini merupakan rejection dari aku.
jangan teruskan perasaan kau.
jangan jauhkan lagi rasa suka kau pada aku.
jangan.

kau berhak dapat yang lebih baik.
kau berhak dapat yang lebih cantik.
kau berhak dapat wanita seindah bidadari.
bukan aku.

eh.
aku rasa bersalah pulak taip entri ni.
tapi serius. perkara ni berlarutan dah.
dah 2 minggu kot dia ni hantar lagu.
buat ayat tergantung macam
"bagi saya......saya baru saja mengatur langkah....mengenal....merancang"

oh apakah? dia nak suruh aku isi tempat kosong tu ke?
mesti korang pikir aku kejam kan.
tak :(
aku cuma taknak dia menaruh harapan.
aku taknak nanti dia pergi lagi jauh dengan perasaan dia.

aku belum bersedia.
aku malas nak masuk dalam alam cinta cinta ni.
aku taknak terluka dan melukai.
aku dah tak reti nak bercinta.
mesti korang kata kenapa tak bagi peluang?
ok. jenis aku, kalau aku takde hati, takde perasaan, aku memang
tak boleh nak paksa nak bagi peluang ke apa ke.
mungkin dia ada peluang sebelum ini. tapi adalah beberapa 
kata-kata dia buat aku rasa oh ok, ini sudah melampau.

ok sekarang. aku rasa loser.
loser sebab aku taip entri macam ni. kahkahkahkah.
macam tak percaya je.
aku publish je la eh.
aku tekan butang publish ni tau.
jangan marah tau.
sekian