Feb 10, 2012

Kerana selama ini ku mencari-cari teman yang sejati. ewah

salam.
phewww. menanti 4.30 macam menanti nak beranak. eh, macam pernah beranak.
lately *rasanya bukan lately dah ni* mood aku adalah sangat jahanam.
like seriously, macam sampah.
menopos ke apa aku ni? 
sebenarnya aku suka hidup dengan dunia aku sendiri.
tapi biasalah kan. nak duduk dunia sendiri pi duduk pulau sensorang.
ramai kawan pun payah. tak ramai kawan pun payah.
but honestly, aku sayang semuanya *sambil pelok ketat-ketat*alololololo patah tulang kau aku pelok ;)


ada kawan yang nak mesej 24 jam.
macamkan kerja aku terdampar macam dugong atas kerusi malas.
aku ni bukanlah busy sangat. tapi aku pon ada life sendiri juga.
takkan la memanjang nak pegang henfon.
seriously, aku tak suka mesej-mesej tanpa tujuan. kecuali dengan yang istimewa je.
istimewa tu maknanya ehem ehem faham sendirilah malu nak cakap. elelelelelehpuiii.
bila tak balas sentap. sumpah aku rasa nak gigit-gigit cuping telinga kecilmu henfon itu
dan kalau kengkawan mesej tak balas diam tu maknanya, ya saya takde kredit.
sebab saya tak suka menop-up tapi suka ask a topup dekat choi saja. 
tapi ada masanya choi pun malas nak layan saya. kewkewkew.


ada kawan yang ajak keluar.
seriously *serius memanjang kau ni*
aku memang suka melepak dengan kengkawan.
tapi kalau aku menolak maknanya aku tengah save bajet.
yelah, aku ni anak sulung. banyak menda nak pikir.
alolololo ayat sedih kot. bangsa aku keluar mesti belanja.
paling tidak menda kecik-kecik *bukan pakaian kecik ok*
so kalau tengah save bajet, apakah maknanya aku keluar?
kadang-kadang aku menolak sebab aku ada hal dengan ibu dengan abah.
aku bukan selalu balik.
bila balik mungkin khidmat aku diperlukan.


ada kawan untuk time enjoy je.
bila nak keluar, terus ingat dia.
kahkahkah. bukan aku je yang buat dia macam tu.
dia pun buat aku macam tu.
time keluar sama-sama mencari.
then balik rumah, life sendiri-sendiri.


and jeng jeng jeng. bulan mac ni 
sahabat aku akan bertunang.
wah. tak sabarnya nak tengok dia dimekapkan.
sebab selama aku kenal dia, selain lipstik,
aku tak pernah tengok dia pakai mekap.
aku la yang tak pernah tengok.
mungkin dia pernah pakai.
sahabat baik susah senang bersama. 
nak fikir pakai baju apa pulak dah.
aisey.


sekian

2 comments:

Unknown said...

urus kehidupan mengikut kemampuan diri.

Cik Rai @SeriGala said...

pakai baju polkadot yg kita beli sama tu weh! hahaha