Feb 13, 2012

Kerana DENDA. denda? best kot kena denda.

Salam isnin semua ;)
harap isnin korang semua indah. kalau tak indah, indah-indahkan la ya.
sebab kalau isnin pun dah tak indah, nanti the whole week pun akan jadi tak indah.
oh ya, aku suka perkataan indah. so dah, diam.

seperti biasa pepagi masa nak bersiap, aku akan dengar radio era.
sebab aku suka celoteh Ray, Haniff dan Johan (JoHaRa)
dulu ada pak nil pun aku dengar. ok pendek kata, (pendek je kata, panjang tak kata apa-apa. panjang senyap je), aku memang suka radio era. 
so, topik hari ini adalah DENDA. bersempena Johan kena denda sebab kalah pertaruhan dengan Ray. Johan sokong Liverpool. Ray sokong MU. so MU menang kan. itu yang Johan kena denda. kahkahkah. dendanya kena lari atas treadmill sambil jadi dj. mengah kot. dah la Johan tu boleh tahan muncit nya.

ikotkan cerita denda ni aku adalah jugak pernah kena denda.
nak kata nakal tu tak lah.
cuma kengkadang ternakal, termalas tu biasaaaaaa.

masa sekolah rendah. aku pernah kena denda ketuk ketampi 100x dengan cikgu razak sebab salah jawab soalan math masa darjah 6. sebelum jawab tu, cikgu dah kata, siapa salah kena denda. banyak kali kot dia cakap kena denda kena denda sampaikan aku jadi pressure gila. bila dah siap, bila dia cek, memang. memang sah aku salah. soalan senang pun aku salah. pernah tak dengar, kalau kita terlalu berhati-hati, mesti kena juga. cibs betol. nasib ijah pun kena dan ada beberapa lagi la yang kena. denda dia, ketuk ketampi dalam kelas darjah 5. cissss. dahlah dalam kelas tu aku and the geng bermusuh dengan budak-budak perempuan bajet hot. 

time tu kira macam high school la nak gaduh bagai. 100x tu. gila mintak nyawa. turun tangga nak rehat, ketar-ketar lutut. hebat penangan denda cikgu razak. tapi disebabkan denda itulah, aku bernekad nak buat betul-betul math masa UPSR. dan akhirnya, akhirnya aku score A juga math. ahaks. dalam pada tak minat math tu, dapat juga A. terima kasih cikgu Razak. walaupun saya and cikgu friend dalam FB, tapi saya rasa cikgu tak baca kot blog saya. tapi kalau cikgu baca, saya nak cakap, sakit kaki saya time tu berbaloi dengan A yang saya dapat. kewkewkew.

then ada satu masa, aku and the geng lambat masuk kelas BM cikgu Jamilah. pergi mana entah. merayau kot. belum sempat nak masuk kelas, dah dapat jeritan power dari dia. terkebil kebil aku and the geng. dah kena berdiri luar kelas sampai habis masa. tapi masa tu entah la, tak tau erti malu kot sebab ada geng. cer kalau sorang, mau menitik airmata. 

dengan sir murali yang ajar BI lagi hebat. pipi ni kalau tak kena tampar sehari memang tak sah la. berator dengan member kelas nak ambil penampar sebab salah jawab. kalau satu salah, satu penampar. kadang-kadang dah tau dah, tak payah kena panggil, sendiri bangun pergi tadah pipi. ni pipi aku jadi tembam ni sebab salah dia la ni.

itu kenangan darjah 6. ada lagi kot tapi dah lupa. 

sekolah menengah. biasalah sekolah menengah kan. pernah kena kutip sampah sebab datang lambat. lepas tu buat kerja sekolah kat tapak perhimpunan sebab tak siap kerja sekolah sains cikgu latiff. jalan itik sebab tak hafal bahasa arab. berdiri sebab tak hafal bahasa arab. aishhh semua bahasa arab kan. susah bila takde minat ni. ecewah padahal memang bengap pun. mana taknya, apa yang ustaz/ustazah ajar bukan nak masuk dalam kepala. aku pun tak tau la kenapa payah benor aku nak ingat bahasa arab. cer time tu hafal lagu backstreet boys, dua minit dah hafal. kemain.

kenangan kan. semuanya indah. percayalah, kalau time tu kita rasa kenangan yang kita lalui tu pahit, then 10 years lepas tu mesti kita akan ketawa dengan apa yang dah berlaku.
aku pernah jadi anak yang memberontak. apa yang ibu kata semua aku rasa yang dia tak sayang aku.
then bila dah remaja ni, ehem ehem. remaja katanya. aku tahu, apa yang ibu cakap adalah untuk kebaikan aku.

hargai masa muda kita ni adik-adik. aku tak tau la kan, bebudak sekarang ni lebih pentingkan keseronokan. darjah 6 pun dah pandai bercinta mengalahkan umur 20 tahun. lebih teruk, ada yang kenal seks pada umur muda. aku darjah 6 siap main kejar-kejar lagi dengan budak lelaki. lepas tu main tembak-tembak. walaupun time tu, dah tau dah erti malu and erti melawa. awww. tapi bila dengan member, rasa nak enjoy je.

aku tak faham bebudak yang dah lalui zaman dewasa sebelum usia. mesti pening kan mana nak cekau duit pergi dating, pergi beli lunch untuk awek. mintak kat mak ayah eh?
"ayah, nak duit. hari ni boboy ada date dengan gegurl. bagi lebih sikit sebab boboy nak belanja gegurl kfc lepas tu nak beli buku latih tubi matematik tingkatan 1"
or
nak fikir kerja sekolah tak siap lagi tapi  terpaksa pulak luang masa pujuk pakwe merajuk sebab pagi tadi masa PJ lupa nak bagi flying kiss masa pakwe atas padang jadi striker. haih.
dan yang paling menakotkan, bebudak sekolah yang dah termengandung. macamana eh dia handle diri dia bila dia tau dia pregnant? kalau aku, mau aku histeria. 
aku selalu fikir, macamana bebudak sekolah menjalani hidup bila dia dah ada masalah yang bukan sepatutnya dia dapat di usia dia?

sekian

2 comments:

::FAIZ:: said...

Assalamualaikum. Terima Kasih kerana singah di Blog saya. Semoga Beroleh Manfaat.

Azlan Strider said...

igtkan nak citer pasal liverpool..baru nak ilang mood rupanya citer pasal zaman sekolah dulu..hehehe

Tapi seronok gak bile kenang balik time dulu2..time kena denda pun bleh leh jadi kenangan yang tak dilupakan..

Regards,
-Strider-