Feb 10, 2012

Kerana aku tak punya hati lagi

menjadi heartless tak susah.
cuma perlu buat hati batu. keraskan badan. pekakkan telinga.
kalau kau mampu buat aku bengang. aku juga mampu.


benar.
hidup tak seindah impian. 
tapi kau tak perlu sewenang-wenangnya musnahkan impian aku.
waktu tidurku.
masa kerjaku.
kau siapa?
aku siapa?


benar.
hidup tak lari dari kegagalan.
maka kau harus tahu, aku pernah gagal. 
tapi tolong jangan halang aku untuk berjaya.


benar.
hidup ini ada kesedihan. ada kegembiraan.
maka kau jangan halang aku untuk gembira dengan caraku.
kau membuat aku merempat jiwa. mengemis satu pengertian.
dan aku masih memaksa.
memaksa untuk berlagak normal.


kau dan aku sama-sama menumpang didunia milik NYA.
jadi, jangan berlagak jika kau mendapat sedikit kesenangan. sedikit kebahagian.
sebab kalau DIA nak tarik, sekelip mata dia akan tarik.
tak semua kebahagiaan memihak pada kau.


benar.
aku mohon padaNYA. semoga aku dia dan semua tabah.
tabah dengan orang macam kau.
aku akan jaga hati aku.
jahanamkan hati kau itu. jaga sendiri.


menyesal kerana aku pernah tolong kau?
ya. menyesal. 
aku berharap pemikiran aku time aku tolong kau tu, sama dengan pemikiran aku sekarang.
pemikiran jahat.
kalau aku tahu kau begini, maka aku biarkan saja kau tempoh hari.


namun aku tetap wanita.
punya hati yang lembut.
maka aku akan tengok saja permainan kau.
kau makanlah ego kau tu, perempuan.
semoga kenyang.




sekian.

No comments: