Feb 8, 2012

Kerana pintu hati tak terbuka lagi. tak bagi peluang

Salam.
abah : dah nak bertunang dah Minah tu. Kakngah (aku) bila lah lagi.
ibu : entahlah. 

dialog abah dengan ibu. comel kan *mata ke atas*
ok. dialog itu menyentap jiwa.

then ada lelaki hadir dalam hidup aku.
konon untuk mengubat luka aku.
tapi nak ubat tang mana aku tak tau la kan.
memang baik *setakat ini lah*
banyak kali dah dia minta nak jaga aku. *macamkan aku ni baby pulak ya*
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................

memang ramai aku jumpa wanita/lelaki solo macam aku.
padahal kalau lagi berusaha, dah boleh kawen dah.
tolak jodoh ke? aku pun tak tau.

lantas aku menulis dalam buku blog aku (aku ada buku blog. sebelum aku tulis blog ni, aku terlebih dahulu contengkan idea aku dalam buku blog aku tu. kang ada yang lupa). mari tengok kenapa ramai wanit/lelaki masih solo/takot nak kawen/tak terbuka pintu hati. adakah menjadi masalah dunia bagi kau?

1. takde siapa yang nak (untuk wanita)
yang ni salahkan lelaki. memilih sangat. kahkahkah. nak yang macam bidadari padahal diri sendiri macam_______ isi sendiri. dah kalau semua nak kawen dengan yang lawa cun melecun, dah yang tak lawa macam aku ni nak kawen dengan siapa? perumpamaan je tu. aku ramai yang nak *panggggg sikit*

2. kenangan cinta lalu.
"oh kenangan. kenangan mengusik jiwa. ku terhempas"amboi. tak payah nak terhempas sangat la kan. tapi memang betol. ada orang terlalu "hidup" dalam dunia yang lalu sampai dia lupa pada masa depan dia. mungkin sikap terlalu cinta terlalu setia membuatkan dia taknak hilangkan kenangan dulu dia. ini menyebabkan dia tak dapat nak buka pintu hati dia untuk lelaki/wanita lain. hebat sangat ya si dia tu? tapi kalau hebat sangat dia tu, kenapa dia tak pertahankan cinta kau? ha cer fikir cer fikir. 

3. menutup peluang/pintu hati
cinta adalah mengenai peluang. buka peluang kepada mereka yang ingin mengenali kita. tapi kalau kita tak buka peluang itu, bagaimana cinta tu nak datang. ya, bukalah pintu hati itu. memang payah nak mulakan semula rasa kaseh sayang, tapi cubalah. mungkin cinta selepas nikah? siapa tau kan.

4. harapan tinggi
meletakkan harapan terlalu tinggi pada bakal pasangan adalah sebab kenapa ramai yang belum berjumpa pasangan. kadang-kadang dah ada depan mata tapi sebab ada yang kurang pada si dia, membuatkan kita rasa "ah, dia bukan jodoh aku. dia takkan jadi jodoh aku. nehiii". membina harapan supaya bakal pasangan sama seperti bekas pasangan. apa yang cuba dibuktikan ni? jangan hidup dibayangi si dia yang pernah hancurkan hati kita. faham? ecewah.

5. takot sejarah mungkin berulang
ya. fobia. macam aku. fobia cinta tak kesampaian. fobia kejadian lama berulang. fobia sana. fobia sini. tapi sampai bila?

6. memilih
nak yang macam tu. taknak yang macam ni. last-last tak dapat apa-apa. 

7. tak bersedia
tak bersedia untuk bercinta lagi. tak bersedia untuk memulakan sebuah ikatan. dah tu bila nak bersedianya? 

8. bersendirian terlalu lama
ok. bila kita terlalu lama bersendirian (ehem ehem setahun), dah terbiasa sorang-sorang, dah pandai pergi Guardian sorang-sorang. dah pandai topup kredit sendiri, naik bas, maka kita rasa kita tak perlukan teman lagi. ini fakta. bila kita dah selesa hidup sendiri maka kita rasa tak perlu lah nak menyusahkan diri berteman semula. jaga hati sendiri lagi bagus.

9. mementingkan keluarga
bila keluarga diutamakan maka begini lah yang terjadi. tak kesah hal sendiri. keluarga lagi penting. padahal keluarga dah bising bila nak berteman.

10. lesbian.
errr. ini fakta.


p/s : 9 dari 10 ini adalah aku.

sekian

6 comments:

Serigala Maroon said...

beri peluang ^_^

Reena Kamarudin said...

faraH
hahahahaha

syazana amira said...

kadang2 bukan x nak bagi peluang..tapi rasa cam buang masa pun ada.. :(

Reena Kamarudin said...

syazana amira:
yeah. itu yg nak diperkatakan ;)

Farah Kamarudin said...

konon nak tunggu laki macam beckham datang naik red cherry ferrari for freeeeee... hahahha *Sumbat*

Reena Kamarudin said...

Farah:
hakhakhaktuiiii