Feb 8, 2012

Kerana mati itu pasti. mati itu dekat dengan kita

Salam Rabu semua. 
hari ini mood adalah sangat sopan. kenapa sopan? sebab takde mood la tu kan.
mood macam menyorok lagi. dia malu-malu nak keluar. si Din tukang kacau aku ni pun perasan aku takde mood. dia kata muka aku masam je. heh! tak faham-faham la lelaki ni. apa daaa

so, macamana cuti? so, cuti aku ni, aku telah kehilangan saudara terdekat aku. pakcik sedara aku iaitu sepupu abah. rakan karib abah. rakan sekerja (sama-sama jabatan perhutanan), rakan sebola, rakan sefutsal, rakan sejak kecik. pendek kata sangat rapat. kematian dia sangat tragis. sangat menyedihkan dan membuatkan keluarga kami jammed. begitu cepat Allah tarik nyawa kita, hanya dalam sekelip mata. hari ini kita bernafas. esok lusa belum tentu. and yes, lately, ada banyak sangat kematian yang terjadi disekeliling aku. mati itu pasti. mati itu dekat dengan kita. kalau nak tau lebih lanjut sila baca blog adik aku ni. sila klik sini

terasa kehilangan sebab yelah, dari kecil aku kenal dia, tengok dia main bola dan futsal dengan abah. tup tup dia pergi dengan keadaan yang tragis. tergamam. berderau darah. lemah lutut. dan aku tak dapat bayangkan kalau abah berada dalam bot tu dengan dia. 

ajal menjemput tak kira siapa kita. dimana kita berada. apa yang kita lakukan. atau sudah cukup ke amalan kita. tak. takkan tunggu walau sesaat. kalau hari ini kita sehat, belum tentu esok kita sehat jugak. terasa kerdilnya kita sebagai hambaNYA. 

sekian.

p/s : aku macam apa kan. hehehe. mood melayang la. semua salah ubat alergik.

5 comments:

Penulis Rindu said...

ssaya folow kamu ye

Reena Kamarudin said...

hehehe. silakan and thanx :)

Azlan Strider said...

takziah atas pemergian saudara tu ek..cuti nie takde benda menarik pun berlaku kat saya.. :)

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

Azlan strider:

thanks.
samalah. infact, malang pula menimpa ;)

Farah Kamarudin said...

al fatihah.. Siapa? Kat mana? Bila? Pukul berapa? Dengan siapa? *Masih sumbat lagi*