Feb 9, 2012

Kerana pencarian perkataan tersembunyi



siapa suka main ini permainan?
meh nak cerita.
aku adalah sangat obes obses dengan permainan ini-word puzzles.
sangat obses sehinggakan aku selalu beli buku ia-ecewah guna perkataan ia.


tapi dah lama tak beli, maka aku print saja dari encik google yang dicintai.
maka dapatlah aku melepaskan gian main ini.


well, sebenarnya ini adalah genetik.
dimana abah dan ibu juga adalah penggemar permainan ini.
menguji minda katanya.
but yes. memang betol.
menguji ketangkasan minda kita.
maka adik-adik aku juga turut serta.


ingat lagi masa zaman dulu-dulu.
kami bertiga, aku farah dan syera akan main permainan ini.
bukan dengan beli buku.
tapi dengan buat sendiri.
let say kami pilih kategorinya binatang.
maka kami akan buat macam yang diatas tu. manually. 
maka gigih la kami buat puzzle sorok perkataan sebiji macam yang diatas tu mengikot kategori.
bila dah siap, aku buat yang farah. farah buat yang syera. syera buat yang aku.
berlumba siapa siap dulu.


kalau aku bawa balik buku puzzle ni,
berebot nak buat terutamanya ibu dan abah.
seronok.


seronok kan bila fikir minat yang sama?


sekian.

No comments: