Jan 10, 2012

Kerana umpama mimpi dalam mimpi

Hai.
hmmm nak cakap pasal mimpi la.
malam tadi around 2 am macam tu aku terjaga sebab aku mimpi.
mimpi ngeri!
ada dua lelaki masuk dlam bilik aku nak bunuh aku. siap gelak kuat kuat lagi kata "kita bunuh perempuan ni, kasi hentam kepala dia". wahhhhh. aku dah nangis-nangis dah. dalam mimpi tu lah kan. 
dalam mimpi tu aku dah terbayangkan ibu abah dan adik-adik. siap pasrah dan mengucap. ye la kan, dah tak tau nak buat apa. aku melawan tapi apalah sangat kudrat aku kan. so lelaki tu tolak aku. bila dia nak hentak kepala aku, terus aku terjaga. peluh-peluh aku tau. lepas terjaga tu terus bukak fesbuk. kahkahkahkah. 
patotnya dah terjaga tu buat lah solat tahajud ke hajat ke mengaji ke. ni terus hadap fesbuk. kurang asam punya mark zuckerberg #tetiba

serrrrrrius aku seram dan ngeri.
ala, ni mesti sebab kes aku kena serang hari tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
hampes je. bikin aku tak boleh tidor je.
betol, mimpi tu mainan tidor kan.
tapi kengkadang macam real pon ada.
eiiii, seram teman!

pernah tak korang mimpi sedih nangis-nangis?
aku pernah. dan bila terjaga, eiii, aku betol-betol nangis rupanya.
sampai basah bantal aku. bukan tilam ok, tapi bantal. kalau basah tilam tu lain pulak tajanya.
so, bila dah menangis tu, aku teruskan je la menangis. then pergi toilet, basuh muka.
selalunya aku mimpi sedih pasal family aku tinggalkan aku and lain-lain lah.

yang ni betol-betol terjadi.
a few months before hubungan aku dengan si dia putus, aku mimpi.
dalam mimpi tu kami nak naik pelamin. kira dah kawen la time tu.
yang peliknya, dia pakai baju pengantin biru, aku pulak putih.
memang dah pelik la kan kombinasi tu.
harus di realiti kalau pihak lelaki pakai warna lain, perempuan pakai warna lain, orang charge pengantin gila.

so on the way nak naik pelamin tu, kena lalu bukit tau.
apekehal la kan nak naik bukit untuk naik pelamin. eh, kata dah mimpi. ada aku kesah?
so berjalan la kami ke bukit itu.
dan tiba-tiba........................
aku terjatuh dalam gaung. dia jerit nama aku cuba nak tarik aku tapi demmmmmmmmmmmmm
aku tak dpaat diselamatkan lagi.
tapi tak tau la aku mati ke tak kan.
so aku cerita kat dia.

aku : kamu, kita mimpi bla bla bla *aku cerita macam yang diatas*
dia : ye ke?
aku : yelah. kita rasa mesti nanti hubungan kita putus. hehehe
dia : kamu jangan nak buat cerita mengarut boleh tak?
aku : dah kita mimpi.
dia : kita pun pernah mimpi kamu pergi kat K *ex aku sebelum dengan dia* tapi ada kita percaya? sebab kita tau kamu takkan buat.
aku : apa-apa jelah. 

aku ada cerita kat ibu pasal mimpi tu.
tapi ibu pon cakap "ala mimpi je tu"
hmmmm. sekarang mimpi lagi tak?
tak kan? hahahhahaha.

mimpi paling best kalau mimpi artis.
james franco ke.
baru syok.

sekian

2 comments:

Azlan Strider said...

pompuan ngan mimpi mmg pelik skit..bos sy kena marah ngan bini dia yang jauh kat penang hanya sebab bini dia mimpi dia main kayu 3...haha..

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

hahaha. sebab kami kadang-kadang suka pada fantasi :)