Jan 11, 2012

Kerana Randomly Reena #7

1. rasa macam banyak sangat benda aku nak taip. tapi aku malas. boleh?

2. kau tau kan rumah aku dah ada dua mangga? oh my, payah gila aku nak bukak sebab mangga yang baru tu dia macam pelik sikit jenisnya. paling seksa bila aku rasa nak terkencing sangat-sangat. kau faham kan, kadang-kadang pundi kencing kita ni mengada-ngada. dalam bas, dalam kereta, relaks lagi boleh tahan. cuba kalau dah sampai depan pintu rumah, time tu jugak la ia tak boleh menahan. terkepit-kepit je la kan. dah tu mangga pulak like hell *ops, janji taknak mencarot lagi kan*. sambil bukak, sambil menyumpah. tapi tengok juga kiri kanan kot-kot ada pakwe kacak macam adiputra memandang. nanti jatuh saham acik :)

ok lah. tetiba je kena panggil ada kerja.
sekian

No comments: