Jan 9, 2012

Kerana kau raja dan permaisuri dihatiku :)

entri ini ditujukan khas untuk dua insan tersayang dalam hidup aku Encik Kamarudin Mohamed dan Noor Azizan Hasan. you are my everything :)


Ibu Abah,
hari ini, pada tarikh ini, ibu dan abah sah menjadi pasangan suami isteri. terima kaseh kerana bertemu jodoh lalu melahirkan kakngah ke dunia ini. tanpa ibu dan abah, mungkin kakngah lahir sebagai anak orang lain yang mungkin boleh jadi anak kepada mereka yang terlalu kaya sampai takde masa untuk anak-anak. or mungkin anak kepada pasangan yang bercakap kasar dan suka memaki hamun. terima kaseh ibu dan abah :)

Ibu Abah,
terima kaseh kerana selama ini mendidik kakngah dan adik-adik menjadi manusia, walaupon, kami terkadang khilaf dan membuat ibu dan abah kecewa. kakngah tau, kakngah nakal tapi itu dulu. sekarang kakngah dah jadi wanita yang lemah lagi lembut *jangan muntah*. ya, dulu kakngah suka buat sesuatu tanpa fikirkan perasaan orang lain. jangan salahkan kakngah. salahkan sikap ingin mencuba kakngah. kahkahkah.

Ibu Abah,
tiada kata yang mampu kakngah ucapkan betapa bertuahnya kakngah mempunyai mak ayah seperti Ibu Abah. Ibu Abah tak pernah cakap kasar dengan kakngah dan adik-adik. tak pernah ajar kami mencarot malah memaki hamun kami pon tak pernah. cuma, yelah, pengaruh sekitar kadang-kadang buat kakngah termencarot. maafkan kakngah ye Ibu Abah. azam tahun baru nak kurangkan (dan buang) sikap mulut laser ini. kakngah akan cuba :)

Ibu Abah,
pelbagai dugaan datang menduga kita. yang paling hebat bila abang dijemput Illahi. masa tu Allah je yang tau betapa kosongnya hati dan rumah kita kan, tanpa abang. sebab bila ada abang. ada je member dia datang rumah cari dia. kalau time dia tidur then member dia datang, memang bertabahlah nak bangunkan dia. yang peliknya, member dia tu datang time dia tidur. time dia tak tidur taknak pulak mereka datang. kakngah ingat lagi saat  airmata Abah mengalir bila nak kucup abang kali terakhir. itulah saat kakngah tengok Abah menangis teresak-esak. Ibu? tak payah cakaplah. pengsan banyak kali. Ya Allah, masa tu luluhnya hati kakngah tengok ibu dan abah. 

Ibu Abah,
terima kaseh selama ini, bagi peluang pada kakngah untuk buat keputusan dalam hidup kakngah. walau ada keputusan itu mengecewakan abah, tapi kakngah tetap degil dengan keputusan kakngah. dan akhirnya abah terpaksa izinkan sebab taknak kakngah meroyan kan :) 

Ibu Abah,
terima kaseh kerana tak pernah judge kawan kawan (baca : pakwe) kakngah selama ini. ibu abah bagi dulu kakngah kenal mereka dan buat kakngah fikir baik buruk. tak pernah sekali ibu abah halang kakngah untuk explore hidup ini. kecuali nak bagi mandi sungai dan air terjun tu payah sangattttt. hehehe. tapi takpe, kakngah faham :)

Ibu Abah,
mengertilah, walau anakmu ini terkadang degil. terkadang membantah, terkadang memberontak, terkadang menipu, terkadang termelawan, fahamilah, kakngah sayang sangat-sangat kat ibu dan abah. biar di offer intan berlian emas tinggi gunung, takkan sama dengan kaseh sayang ibu dan abah pada kakngah dan adik-adik. cuma kalau di offer beckham, mungkin kakngah akan pertimbangkan. kahkahkah. ok tipu. beckham pun takkan mampu menggantikan tempat ibu dan abah di hati kakngah.

Ibu Abah,
kakngah paling suka saat kita berenam berkumpul bersama sebab itulah saat yang paling bahagia buat kakngah. saat abah mengusik ibu dan ibu merajuk manja. saat abah menyanyikan lagu "you mean everything to me by Neil Sedaka". saat abah menyanyi lagu hindi klasik. saat abah mengaji kuat-kuat nak bagi anak-anak dia insaf. heheh. saat ibu pasang lagu Rhoma Irama nak bagi kami bangun pagi cepat-cepat sebab kami sangat malu kalau rumah yang bertunjangkan Taylor swift (aku) dan Kpop (adik-adik) tiba-tiba ada Rhoma Irama. oh apakah? saat ibu pasang lagu di THR gegar yang suka pasng lagu loghat negeri tu. saat abah balik main badminton dan campakkan baju basah dek peluh ke muka kami.

Ibu Abah,
saat-saat itu sangat manis. mungkin takkan dapat diulang lagi. terima kaseh ibu abah sebab menjadi pendengar setia kakngah. mendengar luahan hati. meminjam kan riba dan bahu untuk kakngah menangis. meletakkan kakngah di tempat utama bila kita nak buat keputusan penting. memanjakan kakngah sampai jadi sangat spoil bak kata Farah, kalau nak sesuatu, nak hari tu jugak. hehehe. tapi sekarang dah berubah.

Ibu Abah,
semoga ibu abah panjang umur, murah rezeki dan cepat cepat dapat menantu lelaki. kahkahkah. mungkin Farah dulu sebab dia dah bertunang. kakngah lambat lagi. tapi kalau ada yang memaksa, kakngah redha. hahaha. terima kaseh untuk semuanya.

Ibu Abah,
jangan terus bersedih. sebab kami, anak-anak, akan tetap disisi kalian berdua walau sejuta halangan menerpa.
jangan berhenti menyanyi lagu "you mean everything to me", abah. jangan berhenti mengaji kuat-kuat, abah. jangan berhenti berleter, ibu. jangan berhenti mendengar lagu loghat pahang dan kelantan, ibu. jangan. itu semua penghibur kami, pengubat luka di hati, penyembuh duka lara kami. sesungguhnya, kalian berdua ibarat permata berhaga yang tiada gantinya.

Ibu Abah,
perginya abang tiada ganti. tapi kami tetap akan terus cuba menghiburkan hati. jangan tangisi apa yang terjadi. yang pergi tetap pergi. yang tinggal harus cuba teruskan hidup ini.

sayangnya kakngah pada kalian berdua sehingga hembusan nafas terakhir kakngah.
selamat hari ulangtahun pernikahan yang ke 30, ibu dan abah.
you mean everything to me!

sekian

2 comments:

Suara Kalbu said...

Suka entry ni Reena,

Kamu tulis apa yang ada di hati kamu. Berbahagialah ibubapa punya anak seperti kalian

Reena Kamarudin said...

suara kalbu:

thanks akak :) satu penghargaan untuk reena. apa reena tulis, corak penulisan reena adalah macamana reena berfikir dan bercakap. heheheh.

reena cuma nak ibu dan abah bahagia. sebab dah banyak mereka lalui.
thanks akak. much love and rescpects :)