Jan 20, 2012

Kerana ujian ALLAH itu pelengkap hidup kita sebagai MUSLIM :)

Salam.

bermaknakah hidup kita sebagai manusia tanpa ujian dari Allah? tak cukup rencah hidup ini jika tiada ujian daripada-Nya. dan harus diingatkan bahawa, sesiapa yang diuji, adalah hamba-Nya yang terpilih dan kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita di saat kita diuji, sebenarnya kita masih dalam "perhatian" Allah. seandainya kita tidak diberi ujian, maka kita kemungkinan akan lupa diri. am i right? so, sentiasa ingat itu seperti mana aku sentiasa mengingatkan diri aku.

as for me, being a person,named Reena is not as easy as makan kacang gigit kulit maka dapat makan kalau tak kena gaya, kacang akan jatuh ^___^ believe me. duduk lah dengan aku. cuba duduk dengan aku sehari dua, maka kau akan tahu, a hundred ujian Allah bagi tapi aku masih mampu tersenyum dan ketawa. sound macam berlagak bukan? no no, bukan nak berlagak. as for you diluar sana might have a trillion or maybe ziliion ujian Allah turunkan. apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian yang aku dapat ni. betol tak?

kenapa aku diuji sedemikian rupa-kenapa kami diuji-kenapa hanya aku sedangkan Bedah tu tak sembahyang tak puasa relaks je makan kacang happy di Alamanda sedangkan aku hamba-Nya yang baik tak tinggal solat 5 waktu, Allahuakbar yang pertama di azan aku dah berdesup ambil wuduk, BUT still Allah bagi ujian ni? kenapa? ini persoalan yang selalu bermain di benak kita kan (phewww guna perkataan benak macam rasa dah jadi sasterawati negara dohhh) adik-adik sekalian, dah tertulis di Al-Quran kalamullah:-

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Al-Ankabut 2~3"

betol, kita takkan pernah dapat apa yang kita mahu kerana sesungguhnya bila kita dapat apa yang kita mahu, kita mudah lupa siapa yang mengurniakan permintaan kita itu.  bacalah surah Al-Baqarah ayat 216 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui".

sudah terang lagikan bersuluh kan? kenapa mahu pakai torchlight yang anggota RELA selalu guna tu sedangkan hakikatnya lampu stadium sudah cukup menerangi kegelapan itu? percayalah, anything happened for a reason. segalanya berhikmah. bila sesuatu yang kita mahu tak menjadi, maka tetapkanlah hati, ingatlah bahawa sesungguhnya Allah mungkin merencanakan yang terbaik untuk kita. mungkin masanya cepat atau lambat sahaja.

betol, dulu, i mean, masa zaman remaja (sekarang pun remaja lagi) aku terlalu mengikut perasaan. apa yang aku nak, bila aku tak dapat, masyaAllah, kau takkan mahu berada di sisi aku. kerana aku akan memberontak. macam incredible hulk tu. heheh. tapi day after day, month after month, as i was blessed with all ujian yang dia turunkan then selepas itu dia kurniakan pula kebaikan disebalik ujian tu, then i realised that, yeahhh, semua kemarahan aku, semua pemberontakan aku adalah sia-sia kerana diakhirnya ALLAH kurniakan sesuatu untuk aku. aku pernah menangis selepas solat sebab ujian yang bertimpa-timpa dan soalan kenapa aku, kenapa aku bermain di bibir. tapi bila disetiap ujian, Allah kurniakan satu kebaikan, aku jadi malu. aku terlalu meminta sedangkan aku kurang bersyukur dan mengingati-NYA :( aku malu pada DIA.

"Jadilah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'~Al-Baqarah 45" pergilah mengadu kepada siapa  pun yang kita mahu kepada kakak, kepada abang, kepada adik kepada mak ayah tapi tak sama dengan kita mengadu kepada-NYA. manusia hanya boleh membantu dari segi moral, kewangan dan bantuan-bantuan yang lain. tapi bila kau duduk mengadap-NYA dan mengadu apa saja yang terbuku dan meminta pertolongan-NYA, sesungguhnya, betol, ketenangan yang teramat sangat yang takkan kau dapat dari sesiapa.

maka harus diingat, sematkanlah dalam diri dan juga di otak bahawa, ujian yang Allah turunkan adalah pelengkap hidup kita sebagai muslim. kenapa kita tak terimanya dengan redha sedangkan DIA sudah berikan segalanya yang kita mahu selama ini? ingat, jangan melupakan-NYA dikala kita senang. 

maka sematkanlah didalam hati, didalam minda, didalam jiwa tatkala ujian menimpa dirimu dan kau tak mampu untuk bangun bahawa~~~
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya~Al-Baqarah 286"

maknanya, kita mampu menggalas ujian itu cuma kita terlalu takut berseorangan dalam menjalani dugaan dan ujian tersebut. kenapa kita perlu takut bersendirian? sedangkan Allah ada bersama kita? yakinlah, walau sakitnya ujian itu, pedihnya dugaan itu, kemanisan yang kita akan dapat adalah berganda. jadi, terimalah dugaan  dan kesusahan yang sedikit itu demi kebahagiaan yang lebih baik dan adil. InsyaALLAH


sekian

p/s : cuba cari kelainan entri kali ini :)

2 comments:

eLLa n aLia said...

ya.. ujian tu sbenarnya akan meneguhkan lagi hati dalam diri kita.. :)

eLLa n aLia said...

dah follow :) keep in touch..