Jan 25, 2012

Kerana jangan biarkan hidup anda diselubungi ketakutan



salam.
hai. nak marah la tu kan aku letak pic muka aku atas sekali. hekhekhek. 
saja je nak mencari publisiti. terasa publisiti aku dah menurun sekarang. 
takde berita hangat pun nak kongsi.

ohya. nak bagitau ni.
sekarang kan ada iklan filem kum kum tu kan.
selalu sangat keluar dalam tv3 kan. memang aku takut sangat iklan tu.
serius. sampai boleh menggigil badan aku.
bila dengar je iklan tu kalau tak dapat capai remote, aku akan tekup muka aku dengan bantal.
lepas tu aku akan cakap kuat-kuat "lalalalalalalalalalala" sampai iklan tu habis.
siapa lah yang buat filem ni wey?
aku bukan apa. housemates aku jarang sangat balik rumah.
serius jarang. memang aku banyak duduk sensorang.
dah tu pulak, cerita kum kum tu kan dulu glamer masa aku sekolah rendah.
so benda tu macam dekat dengan aku. sebab dulu kecoh berlaku kan.
eiiii. entah siapa punya filem ni.

and aku nak cerita ni.
aku tak tau la kan. maybe perasaan takot aku je kot.
tapi aku cerita kat Linda. dan Linda pun kata dia pernah alami benda yang sama.
dalam pukul 1-2 pagi mesti ada bunyi guli digolek-golek atas lantai.
ala bunyi guli melantun atas simen tu.
di bumbung rumah (bumbung rumah aku, lantai rumah orang)
lepas tu bunyi orang susun perabot pukul 2 pagi.
apakehal kau nak susun perabot pukul 2 pagi?
memang hobi kau susun perabot pukul 2,3 pagi eh? asal terfikir susunan baru, kau pun susun?
kau tau tak, hobi pelik kau tu buat aku takot? kau tau tak?

eiii. serius seram. 
tapi aku ni malas nak fikir, so aku fikir bebudak main guli. mak-mak susun perabut.
eii, takot mak, noks.
imajinasi aku ni melampaui batas kau tau. bendanya sikit je, tapi aku boleh fikir
panjang-panjang. 
so, aku tidor memang aku bukak lampu ruang tamu, lampu dapur.
entah apa lah yang aku takut sangat kan pun aku tak tahu.
nak pula Linda cerita pasal Ecah selalu kena kacau.
nak pulak bilik aku mengadap belakang ada pokok besar.
omaigodddd.
badan je besar. tapi penakot ya amat.
ni semua salah filem kum kum.
 dah tu kengkawan aku suka lah up up kan cerita.
benda sikit jadi banyak.

malam tadi aku sampai dari karak pukul 10.30 malam.
sebelum sampai tu, dalam LRT housemate aku mesej kata dia takde sepanjang minggu ni.
aku dah sesak nafas.
bila dia tak balik maknanya LAMPU TAK PASANG la tu.
aku paling paling paling tak suka sampai rumah, rumah gelap. memang aku rasa nak histeria. hahahahahovergila.
sampai je depan pintu, ada pulak spenda lelaki elok je landing. aku rasa angin yang terbangkan dia.
terus aku sepak terpelanting jauh.
aku bukak pintu luas-luas dan terus capai suis lampu. fuhhh. lega bila dah terang.

sepatutnya aku tak penakot macam tu.
percayalah.
cuma duduk rumah baru ni, hmmmm.
tapi bagus jugak aku jadi penakot.
aku rajin pulak mengaji. hehehehe.

ohya, pagi tadi aku singgah 7e nak beli roti.
ada brader sebelah aku pun nak beli roti jugak.
aku ambil la roti jenama G tu, then dia boleh kata "tak sedap roti tu"
aku ingat dia cakap dengan diri sendiri.
then aku ambil nak pergi bayar dia terus pandang aku dan kata 
"tak sedap roti tu"
aku buat muka "kau ni dah kenapa. tekak aku kot"
dia sengih dekat aku. 
"nak bagitau, roti G tu tak sedap. yang S ni sedap"
aku pandang dia dengan pandangan tak kosser.
"takpe. saya dah biasa makan yang ni"
eh eh. nak bermesra pun jangan la jadikan roti subjek utama.
tak romantik langsung.

ok itu saja dari aku sempena hari rabu.
sumpah sunyi ofis hari ini.
semua cuti berjemaah.
aku je la yang tak cuti

sekian

6 comments:

Anonymous said...

roti ooo roti....
tp kn cite kt ats tu cm kt umh cni je... hri2... x kira siang x kire mlm ade jek bunyi bdak main bola @ guli.. n asyik alih perabot... ishk mls ar nk pk... so wat bodo je ar... same2 duk c2.. jgn kite kaco dia..dia kaco kite udaha ar.... heheheheh...
kum...kum....
-nssa-

Reena Kamarudin said...

nssa:
rasanya ramai kot alami menda ni. hehehe. kum kum? alamak. hehehe

cik Kartun said...

hahaha roti p0n boleh jadi isu mng0rat yew.. :D

Reena Kamarudin said...

cik kartun:
hahahaha. agaknya la :)

Nurul Syazana Noorhijas said...

amboi , panjang nye cerita . huhu . btw , suke pink eh ? :P

Reena Kamarudin said...

Nurul Syazana Noorhijas:
panjang eh? hahah
yup, obses pink ;)