Jan 12, 2012

Kerana sifat kasihan tak bertempat aku

Hai.
takde apa sangat aku nak tulis. (yelah takde apa sangat kan, satgi entri panjang berjela)
banyak sebenarnya nak taip pasal makcik tua di pasar mencari rezeki.
eh, aku tak tau lah dengan aku ni.
mudah kesian kat orang.
padahal orang tu ok je kot.
macam aku kesian kat makcik tua kat pasar bentong jual sayur tu.
padahal dia cari rezeki halal kan.
tapi entah.
mungkin sebab pada aku, orang tua macam dia patotnya duduk rumah timang-timang cucu ke apa ke. hehehe
tapi duduk menjual di pasar. yelah tu. aku dok kesian kat dia entah-entah dia dah banyak duit.
and menjual tu cuma aktiviti masa lapang dia.



makcik ni kan, dia jual cili yang pedas. so everytime aku ke pasar dengan ibu mesti  beli cili dekat dia. aku kan suka pedas lepas tu menggelupur sakit perot.


makcik ni pulak kecil comel je tau. aku kan pendek kan. so dia lagi pendek dari aku. macam comel je. aku macam alolololo meh dukung meh.


dia jual macam-macam. cili merah tu kan tak pedas sangat. nak pedas cili kampung yang kecil tu. perghhh. 

selalunya aku ke pasar bentong ni hari sabtu dengan ibu dan abah,
aku sorang je. adik-adik lain jangan harap lah. membuta je lagi.
aku memang suka bangun pagi ikot ibu pergi pasar. ehem ehem. assalamualaikum bakal mak mertua :) tumpang lalu.
sebab aku rasa, peluang tu payah nak ada.
aku dah la sekarang ni jarang nak balik.
bila balik, time ni la aku nak spend time dengan ibu dan abah.
lepas ke pasar wajib singgah medan selera kat kampung baru, bentong.
kedai 15 wajib dituju.
hehehe.
ok berbalik kepada makcik-makcik ni kan.
ok lah. itu cara dia cari rezeki kan.
kalau aku pon, aku nak berniaga.
sebab aku sukaaaaaaaaaaa berniaga.
ingat lagi aku, arwah abang aku, dan adik-adik aku buka gerai jual
keropok dan goreng pisang depan rumah.
tahun 2006 kalau tak silap.
seronok gila. siap mesej member-member 
"weh, datang lah rumah aku. aku ada jual goreng pisang dengan keropok. datang jugak!"
memaksa kan. hahaha. tapi serius, mereka memang datang. hahhahah.

kenangan kan.
memang laku pon goreng pisang kami. 
seronok bila orang beli. 

hmmm.
ok ke ye perasaan kesian yang terlampau ni?
ada satu lagi cerita kesian. hahaha.
kat ofis aku ni kan ada staf kontrak.
staf yang bila belanjawan je kena tunggu PM umumkan ada bajet tak untuk sambung mereka ni.
so, ofis aku ni tak ketinggalan la kan ambil staf kontrak yang dipanggil Skim Perkhidmatan Singkat.
so, aku yang buat gaji mereka semua lah.
ada staf kontrak tu sebaya ibu :(
lelaki. baik sangat. bila tengok dia macam tengok Abah.
dengarnya, masa zaman gawat, dia diberhentikan. tak sure pulak aku.
dia pendiam je *aku rasalah. aku bukan sama bahagian dengan dia*

so yes. dia rasa dia cuma kontrak so macam orang tak nampak dia dan dia macam menyepi je :(
tapi satu hari, perhimpunan bulanan ofis aku, dia dilantik untuk baca doa.
masa tu aku macam terharu sangat-sangat sebab ada juga yang nampak dia, pandang dia dan hargai dia.
eh, dia memang baik lah. paling utama dia tak macam lelaki tua yang dah kawen yang gatal kat ofis aku ni. huh! hahahha

hmmm.
tacing dak entri aku kali ni?
sebenarnya nak cakap ni, kalau kita fikir kita susah, kita tak bernasib baik, asyik nak mengeluh je, ada lagi yang lebih susah lebih tak bernasib baik dari kita.
dan bila kita dah di atas, tolong pandang yang di bawah dan cuba hargai mereka yang lebih bawah dari kita. jangan terlalu dongak sangat. kena taik burung, padan muka.
ha, satu lagi jangan suka memadankan muka orang macam aku buat tadi.

eh, ini kau kata takde apa nak taip, reena? ini kau kata? ini?
memang kau mudah berubah fikiran kan, reena?

sekian

1 comment:

Anonymous said...

gemuknyer serai mck tu jual.... nk kirim blh... sekali yg dia pegang tu...
:P